Tuesday, 22 September 2015

Cara Meluahkan Perasaan

Asalamualaikum


Korang , hari ni Huda nak share or nak bagitau kat korang cara untuk meluahkan perasaan . Eh , tapi ni bukan lah cara nak luahkan perasaan dekat orang yang kita suka or what . But , cara yang Huda nak share kan ni adalah cara korang luahkan perasaan yang terbuku kat hati korang tu . i mean perasaan korang tak kira lah tengah marah , sedih , happy or whatever kan .

  Huda yakin , mesti ramai di antara korang yang kadang-kadang tak tahu nak luahkan macam mana lagi kan ? Kalau nak luahkan dekat kawan , mesti macam susah nak percayakan kat kawan . Tapi sebenarnya , itu semua atas diri kita juga macam mana kita nak luahkan .

Pertama sekali , kita kena lah kenal pasti cara yang terbaik untuk kita luahkan perasaan tu . Bila korang dah luahkan , korang mesti akan rasa seronok , lega and macam-macam perasaan time tu kan . Tak kira lah , korang nak melukis ke , mewarna ke , menulis ke , menaip ke ataupun nak menjerit kat tempat tinggi sampai perasaan tu terluah . 

Macam-macam cara sebenarnya kita boleh guna . If korang tak tahu , meh sini Lyssa nak share serba sedikit cara nak luahkan perasaan .

TULIS TENTANG APA YANG KORANG RASA



Menulis mungkin salah satu cara yang berguna untuk korang kenalpasti perasaan korang sendiri . Setuju atau tak ? Ada orang luahkan di dalam diari , ada juga yang buat satu blog untuk dia luahkan segala perasaan dia dalam dulu . Tak kira lah , dia nak bagi orang baca atau pun untuk private blog dia . Tapi percaya lah , rasanya cara ni paling berkesan kot . Lepas kita taip or tulis , kita akan rasa sepuas-puas nya . Tapi , itu terpulang kepada individu masing-masing cara dorg nak luahkan . Ye tak ?
 
 MELUKIS ATAU MEWARNA


Ini jugak salah satu cara yang korang boleh gunakan untuk meluahkan perasaan korang tu . Ada juga sebenarnya orang yang suka luahkan dengan cara ini . Dia merasa lebih tenang bila dia melukis atau mewarna sesuatu benda . Tak semestinya korang yang tak berseni tak boleh cuba cara ini kan ? Mana tahu , hasilnya akan membuatkan korang rasa tenang dan lapang . 


BERMAIN MUZIK ATAUPUN MENYANYI
Ada juga kan yang suka menyanyi bila nak luahkan perasaan dia . Tak kiralah , dia nyanyi sorang-sorang dalam bilik dia ke , dalam toilet ke , mahupun di puast-pusat karaoke . Dengan cara itu , dia dapat meluahkan perasaan dia yang terbuku dalam hati dia tu . Lsgi-lagi bila menyanyi sambil bermain muzik . Sambik bermain muzik , sambil bernyanyi , dapat pulak ilham untuk menghasilkan lirik lagu . Ye tak ? 


BERSUKAN
Ok . Bersukan dapat meluahkan perasaan korang secara fizikal . Tak kiralah , korang nak berbasikal ke , bermain badminton ke , ataupun berlari . Memang dapat luahkan perasaan dengan mudah . Tambahan pula , bila korang bersukan berpasukan . Ianya membolehkan korang meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli pasukan yang lain secara langsung ataupun tidak langsung .
 
 MENJERIT
Ramai juga yang suka luahkan perasaan mereka dengan cara ' menjerit ' . Kan ? Tambah yang tengah tension dengan study , kerja atau masalah hubungan dalam percintaan . Selalu , lelaki lah memang banyak yang suka luahkan dengan cara ni . Ye kan ? haha  . Pergi naik atas bukit , jerit puas-puas lepas tu duduk senyap-senyap atas tu . Ada juga yang suka menjerit dengan lautan yang luas . Ceh ayat * a'ah , ada je la yang suka jerit . BAgi mereka yang suka dengan cara ini , akan merasa lega dan puas dan sagala perasaannya ketika itu akan lenyap seketika .
 
 BERCERITA PADA IBU BAPA / FAMILY
kalau cara ni , selalu anak-anak perempuan sukalah kan . Siapa yang betul-betul rapat dengan parents dia , dia akan cerita kan dan luahkan semua perasaan dia kat parents dia . Tak kira lah pasal masalah di sekolah ke , masalah dengan kekasih ke , jika korang rasa cara ini dapat melegakan hati dan perasaan korang , just go on . 

Ok . Dah ada 6 cara yang dah dikongsikan . Ianya terpulang kepada individu masing-masing bagaimana caranya korang luahkan perasaan korang tu . Tapi sebenarnya , bagi Huda cara yang paling terbaik and the best ialah luahkan perasaan kita kepada ALLAH SWT . Dia Maha Mendengar . Segala rintihan hambaNya , didengarNya dan insyaAllah , selepas korang luahkan segalanya kepadaNya , korang akan rasa lebih tenang . InsyaAllah . 


So , sekarang , boleh la korang SHARE pulak , cerita lah kat ruangan comment ni , korang luahkan perasaan korang dengan cara apa ? :D * nak tahu jugakk *

10 PANTANG Mulut Lelaki.

.Assalamualaikum


Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta , baru jatuh cinta , yang sedang dilamun cinta ataupun yang sudah berumahtangga . haha . Kali ni , Lyssa nak share sikit artikel yg lyssa baca mengenai tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek , teman wanita ataupun isteri. Jika salah satu ayat ini disebut , paling kecil pun boleh menyebabkan pertengkaran dan yang paling hebat boleh menyebabkan penceraian . Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.




1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa yang I suruh.”

What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan. :(



2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”

Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat. :p



3. “I punya ex-girlfriend dulu….”

Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda. :(



4. “Cuba tengok perempuan tu…”

Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda. =((



5. “I tak cukup bagus untuk you.”

Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye. ;")



6. “I takde mood lah.”

Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.


7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka. o-+

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu! ^:)^

9. “I tak sukalah baju tu…
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. [-X

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran! :-|
Comment anda ? :D :D :D

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan daripada Dato' Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

.Assalamualaikum



Hai korang ! Tengok je tajuk entri kali ni iaitu mengenai Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan mesti ada yang tak sabar nak tahu dan cepat-cepat je tekan blog ini . Lantas dengan pantasnya terus scroll ke bawah untuk tengok Bulan Lahir korang kan ? Sampai hati tak baca pun mukadimah entri  kali ni . sobsob .

Actually , sahaja je nak kongsikan dengan korang info ini . Info Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan daripada Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah . Sumber yang boleh dipercayai kan ? Pakar motivasi Malaysia yang paling Huda kagum . hihi . majoritinya .. mesti 70% kaum Hawa yang suka sangat tengok benda-benda fakta ni . Ceh . Fakta ke ? hihi . Sama la . saya pun suka sebenarnya tengok benda-benda macam ni . Paling tidak , kita yang tak pernah kenal siapa diri kita yang sebenarnya , boleh tahu menerusi rahsia bulan kelahiran ni. 

Walaupun bukanlah nak dikatakan 100% benda ni betul . Tapi , sedikit sebanyak mesti ada sangkut juga dengan perangai dan sikap kita ni . Jom kita tengok bulan kelahiran masing-masing ...














Haaa , macam mana ? Dah teliti ke satu persatu point kat atas ni . HIHI .
By the way , sesiapa yang nak kenal Huda , perangai Huda lebih kurang je dengan perangai bulan Jun . Huda lahir 30 Jun 1996 . ehh !  hahahaha..
Korang bulan berapa ? Nak tahu juga korang ni jenis yang macam mana orang nya :p

Kali Pertama Minum Timun Susu

Hi enkorang sekalian alam , sekalian makhluk . 

Hari ni saya nak story kat korang yang semalam merupakan kali pertama saya minum Timun Susu. Mungkin ada yang pelik dan tertanya biar betul ni tak pernah minum Timun Susu seumur hidup . Dan jawapannya , YA ! Memang tak pernah minum Timun Susu seumur hidup pun dan semalam merupakan hari pertama dan pertama kalinya saya cuba minum .

 Respon?
 
hmmm. MEMANG SEDAP rupanya timun susu ni . Serius oh . Minum semalam laju je minum sampai habis . Ingat ke tak sedap . Sebab tak pernah try kan . Sebab ingat tak sedap . Tapi , ummm .. Sedap giler ah ! Boleh la lepas ni , minum timun susu je bila makan kat kedai . Huhu .

Timun Susu ni banyak tau khasiat nya . Jom kita tengok apa khasiatnya :

  •  Kaya dengan dengan unsur galian seperti alkaline dan juga “carotene” yang menjadi unsur Vitamin A dalam badan.
  • Kaya dengan zat besi yang mana membantu dalam penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh badan.
  • Mengandungi empat kali ganda kandungan asid posforan dan ini amat penting untuk kesihatan otak kita.
  •  Zat vitamin A serta zat besi dapat mencantikkan kulit seseorang.
  • Unsur insulin dan tokokinin dalam lobak merah menolong seseorang yang mengidap penyakit diabetes atau kencing manis.
  • Mengandungi unsur antiseptik yang mana dapat membersihkan poros usus dari pelbagai kotoran dan racun makanan.


So , bila dah banyak khasiat macam ni , memang tak kan lepas peluang la untuk minumkan .
Selalu kalau kat kedai mesti akan order ' Teh O Ais' . Tak pernah la nak order air minuman yang lain . Bukan bagus sangat pun minum Tea O Ais tu . Ntah-ntah kandungan gula dalam badan saya ni dah melebihi tahapnya apa ? Takutnya . Um .

Jadi bila dah tahu kesedapannya , apa lagi .. Minum je la Timun Susu ni selagi tak jemu . hahaha . Badan sihat, minda pon cergas :D

Gandaan Duit Simpanan Sendiri

Assalamualaikum
1 CARA yang paling senang untuk gandakan duit simpanan yang kita ada, hmmm hahh mcm mana?? bukan MLM. BUKAN.
uolls tolong la jangan nak percaya skim cepat kaya. Satu cara paling senang untuk gandakan duit simpanan dan juga simpanan pada masa akan datang, 
dengan membeli emas sebagai simpanan. Untung simpan emas sebab harga emas sangat stabil. Pernah ke dengar orang simpan emas kerugian teruk ? takde kann ..

EMAS 
             
 Pelindung nilai terbaik! Lindungi diri dan generasi pewaris kita dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan menyebabkan wang simpanan kita MENYUSUT nilai.                              
   Berubahlah kepada simpanan emas kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda ; Akan tiba satu zaman , dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan
            kecuali emas dan perak.
 
Sekarang tengah kempen 1g emas 1bulan 1 keluarga. So, tiap2 bulan btambah konsisten simpan emas.Jadi sekarang tak perlu tunggu duit banyak baru beli emas , kalau tunggu takot x mampu miliki emas sebab emas djangke meningkat hingga rm500 per gram menjelang 2020.. wow..
setakat ni ramai yang guna duit simpanan emas ni untuk melanjutkan pelajaran, menunaikan haji, kos perkawinan dan sebagainya.
sebab tulaa tengok makcik2 bedah ,tipah suka sangat beli barang kemas. Selain tujuan perhiasan, depa ni tunggu harga naik pastu jual sebab untung besar!
 
mana taknya .. beli harga  '' ini '' jual harga ''itu ''..harga tu pulak bukan main jauh beza tinggi..  pandai  mereka ni
Lelaki pun simpan emas nii, yeahh,..
 
kenapa perlu simpan emas sebab kalau simpan duit, duit tak berganda pun. pastu nanti akan bawak keluar duit dan belanja. haha.. Saya la tuu . Saya sudah mengambil langkah bijak dalam pelaburan masa depan. yay ! Azam baru, i will try my best untuk beli dinar setiap bulan walaupon suku dinar. wink wink.
 
 
 

Monday, 13 January 2014

-Apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi-

Bismillahirahmanirahim

        Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

        Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupuaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat dihadirkan semuala dengan apa jua kegelisahan, dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan . Ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

       Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan dibiarkan dirimu sentiasa dibayang-bayang oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan lampau. Adakah anda mahu dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya, air susu kepada puting susu haiwan, dan air mata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.

       Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat lampau dan apa yg sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tiada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

       Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu : "Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka" Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai : "Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?" Si keldai menjawab : "Aku tidak suka menipu".

       Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-nyiakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk menggembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.

        Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.

Berpegang kepada secebis nasihat kawan ana 
"Allah tidak membiarkan hambaNya larut dalam kesedihan"
"Ada sesuatu rencana yang indah untuk membayar semua kesedihan yang berlaku pada masa lampau"

Waallahualam.



Monday, 12 November 2012

Dalam Gema Islam :)

Kita insan terpilih
Disebut dalam al-Quran dengan mulia
Jagailah peluang itu sebaiknya.

Alhamdulilah, mari kita ucapkan kalimah syukur ini berkali-kali, biar bergema di dalam hati. Bersyukur kerana satu rahmat besar diizin-NYA turun kepada kita, iaitu dilahirkan sebagai seorang beragama Islam. Islam adalah agama sebenar-benarnya. Bukan agama berasaskan nenek moyang yang di warisi secara turun-temurun. Lahir dalam agama ini adalah rahmat. Meneruskan agama ini adalah kemuliaan. Memupuk agama ini di dalam jiwa, itulah jihad paling besar.

Kita seorang perempuan. Kita juga beragama Islam. Maka kita ialah seorang muslimah. Ada orang yang akan membantah. Katanya, aku tidak warak jadi tidak digelar muslimah. Ehh .. usahlah sensitif sangat! Muslimah itu perkataan Arab. Maksudnya, tidak lain tidak bukan.. perempuan beragama Islam. Terma ini tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan mukminah. Itu maksudnya perempuan yang beriman dan warak.

Sesungguhnya, terma mukminah inilah yang belum layak disandang oleh ramai perempuan. Malah, ada yang tidak suka!Dalam facebook, ana sering bersembang dengan rakan-rakan. Biasalah, bermacam-macam karakter mereka kerana dilahirkan dengan latar belakang berbeza. Kebanyakannya berstatus anak orang berada. Tidak pernah langsung mengenal erti susah.

Ada rakan ana yang sangat moden ini cepat melatah apabila ana bertanya, "Kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? Ana tengok awak lebih cantik dan manis jika bertudung."Alah huda.. saya malulah. Saya belum bersedia nak pakai tudung sepenuh masa. Lagipun, saya bukanlah perempuan beriman. Noktah!

Astaghfirullahalazim.. pengankuannya itu amat menyentap dada. Apakah dia ingat, iman itu boleh dibuat mainan? Jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak sekalipun, tidak perlulah menyebut 'bukan perempuan beriman'! Mungkin sahabat ana, beriman bermaksud sopan santun, memakai tudung dan hidup berlandaskan syariat secara sepenuhnya. Sedangkan dia masih muda, masih mahu bebas bersuka ria dan tidak dikonkong oleh batas syariat.

Walau apa sekalipun tafsirannya, ana kira pegangannya salah. Jika masih belum mahu mentaati ajaran Islam sepenuhnya, usahlah sampai berani melabel diri sesuka hati, bimbang akan menjadi syirik pulak nanti. Kita dilahirkan beragama Islam, jadi usah sesekali mensia-siakannya. Islam sudah ada dalam diri, ketika masih dalam kandungan ibu lagi. Iman juga sudah ada walaupun senipis kulit bawang. Jadi ia perlu digilap dan dijaga biar bergemerlap di dalam diri. Usah biarkan ia pudar hingga lama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap. Akhirnya, hati akan kering dan mati.

Srikandi Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba hendak mencapai title mukminah ini. Jadi, kita juga mesti mencontohi mereka. Bukan apa, kerana wanitta beriman banyak disebut di dalam al-Quran. Jaminan keuntungan untuk wanita beriman sangatlah banyak. Wanita beriman juga amat dirindui oleh syurga-Nya.

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT seperti firman-NYA dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam.

Akuilah, apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indah dan mudah. Saat ini, kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkannya sahaja secara terbuka. Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh mengamalkan Islam secara sembunyi kerana bimbang diseksa malah ketika mula hendak menyebarkan Islam, Rasulullah s.a.w sendiri pernah dicerca dan dipulaukan oleh kaumnya sendiri.

Islam maksudnya sejahtera. Jadi, apabila kita mengaku diri sebagai muslimah, maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera. Kemudian, apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan, kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah, iaitu wanita yang beriman pula. Ya ! semudah itu sebenarnya, jika kita tidak membantah suruhan-NYA ! 

Allah Huma Soli Ala Muhammad , Wa Ala Muhammad .
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |