Friday 4 December 2015

Kau Begitu Sempurna, Kau lah yang Terhebat.

 Asalamualaikum
Hai semua ! :D

'KAU BEGITU SEMPURNA'


Tak tau lah kenapa tiba-tiba rasa terpanggil nak bercerita tentang seorang insan yang teristimewa dan antara yang terpenting dalam hidupku.Yelah, siapalah kita tanpa seorang ibu kan. Semua orang akan mengatakan yang ibunya adalah yang terbaik dalam hidup mereka. Aku pasti ramai yang bersetuju kan. Bagi aku walaupon belum bergelar ibu, aku tahu dan merasai penat lelah membesarkan anak-anak. Lagi-lagi sewaktu mengandungkan dan melahirkan. Itulah jasa terbesar yang perlu kita kenang kerana bukan mudah untuk melalui saat antara hidup dan mati itu.

Sampai ke hari ini, ke saat ini, mama merupakan orang yang sangat berjasa dalam hidup aku tambah-tambah selepas arwah abah pergi tinggal kami. PENGORBANAN seseorang yang tidak akan pernah tergantikan adalah pengorbanan seorang ibu. Mama adalah seseorang yang memiliki kekuatan cinta dan kasih sayang yang begitu dahsyat. Mama yang rela mengorbankan apapun yang terbaik untuk anak-anaknya. Pengorbanan itu telah ditunjukkan sejak pertama kali zigot tertanam di endometrium (dinding rahim), hingga sembilan bulan kemudian zigot tersebut tumbuh menjadi seorang bayi yang dirindukan kehadirannya, terutama oleh seorang mama. Siapa yang mampu menggantikan beratnya perjuangan dan besarnya perhatian selama sembilan bulan proses perkembangan janin hingga menjadi bayi yang sempurna, selain dari seorang mama.

Pengorbanan seorang mama yang berterusan. Ketika seorang anak dalam masa remaja, belum mampu memenuhi kehendak sendiri, hingga apapun yang ia perlukan  selalu meminta mama untuk memenuhinya. Permintaan yang terkadang sukar untuk mendapatkan dan tidak jarang disertai dengan tangisan. Namun, dengan senyuman yang tulus, seorang mama tetap berusaha memenuhi permintaan tersebut. Ketika seorang anak sakit, mama adalah orang yang paling cemas dan berusaha memberikan perawatan terbaik demi kesembuhan anaknya. Ketika anak berada dalam bahaya, mama adalah orang yang pertama kali maju ke depan, rela bertarung nyawa untuk melindungi anaknya.
 
Hingga anak meningkat dewasa, pengorbanan mama tetap belum berakhir. Ketika seorang anak jatuh bangun dalam berjuang menjadi seseorang di dunia kerja, mama adalah orang yang selalu memberikan semangat dan dorongan yang terbaik. Mama adalah orang yang paling bahagia ketika anaknya telah menjadi seseorang yang berjaya. Itulah harapan seorang mama. 



 Dulu mama seorang yang agak tegas juga, puaslah kami adik beradik kena marah jika membuat kesalahan. Tapi, mama seorang yang lemah lembut walaupun adakalanya perkataannya agak sinis. Mama agak ceria dan sporting. Mama pernah jatuh. Walaupon ditimpa musibah namun bangkit semula dengan kekuatan yang ada. Cukup tabah dan aku tabik 'spring' dengan sikap mama yang tak mudah mengalah dengan dugaan. Sehingga ke hari ini dia mampu tersenyum walaupun aku tahu gelodak hatinya hanya Tuhan yang tahu. 

 Sedaya upaya aku mahu bahagiakan mama. Oleh kerana tanggungan mama yang ramai, aku cuba bina satu bisness untuk bantu ringankan beban mama. Disamping juga buat persiapan untuk menamatkan zaman bujang. ;p Im not the best among the rest, but aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi yg terbaik antara semua. Walaupun aku tahu aku sering mencari masalah berbanding yg lain tak mustahil untuk aku beri sinar bahgia dekat mama :) Makin dewasa, makin berfikiran dewasa. Kesedihan yang pernah aku bg dekat mama, aku akan gantikan dengan kebahgiaan. In sya allah. Dan kerana itulah sekarang aku sedaya-upaya untuk tidak melukakan hati mama. Syurga itu letaknya dibawah kaki ibu. Aku doakan yang terbaik untuk mama sehingga ke syurga. Mama, kasih sayangku hingga ke hujung nyawa, engkaulah hanya satu dan tiada galang gantinya..:D
.

0 comments:

Post a Comment

 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |