Monday 12 November 2012

Dalam Gema Islam :)

Kita insan terpilih
Disebut dalam al-Quran dengan mulia
Jagailah peluang itu sebaiknya.

Alhamdulilah, mari kita ucapkan kalimah syukur ini berkali-kali, biar bergema di dalam hati. Bersyukur kerana satu rahmat besar diizin-NYA turun kepada kita, iaitu dilahirkan sebagai seorang beragama Islam. Islam adalah agama sebenar-benarnya. Bukan agama berasaskan nenek moyang yang di warisi secara turun-temurun. Lahir dalam agama ini adalah rahmat. Meneruskan agama ini adalah kemuliaan. Memupuk agama ini di dalam jiwa, itulah jihad paling besar.

Kita seorang perempuan. Kita juga beragama Islam. Maka kita ialah seorang muslimah. Ada orang yang akan membantah. Katanya, aku tidak warak jadi tidak digelar muslimah. Ehh .. usahlah sensitif sangat! Muslimah itu perkataan Arab. Maksudnya, tidak lain tidak bukan.. perempuan beragama Islam. Terma ini tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan mukminah. Itu maksudnya perempuan yang beriman dan warak.

Sesungguhnya, terma mukminah inilah yang belum layak disandang oleh ramai perempuan. Malah, ada yang tidak suka!Dalam facebook, ana sering bersembang dengan rakan-rakan. Biasalah, bermacam-macam karakter mereka kerana dilahirkan dengan latar belakang berbeza. Kebanyakannya berstatus anak orang berada. Tidak pernah langsung mengenal erti susah.

Ada rakan ana yang sangat moden ini cepat melatah apabila ana bertanya, "Kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? Ana tengok awak lebih cantik dan manis jika bertudung."Alah huda.. saya malulah. Saya belum bersedia nak pakai tudung sepenuh masa. Lagipun, saya bukanlah perempuan beriman. Noktah!

Astaghfirullahalazim.. pengankuannya itu amat menyentap dada. Apakah dia ingat, iman itu boleh dibuat mainan? Jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak sekalipun, tidak perlulah menyebut 'bukan perempuan beriman'! Mungkin sahabat ana, beriman bermaksud sopan santun, memakai tudung dan hidup berlandaskan syariat secara sepenuhnya. Sedangkan dia masih muda, masih mahu bebas bersuka ria dan tidak dikonkong oleh batas syariat.

Walau apa sekalipun tafsirannya, ana kira pegangannya salah. Jika masih belum mahu mentaati ajaran Islam sepenuhnya, usahlah sampai berani melabel diri sesuka hati, bimbang akan menjadi syirik pulak nanti. Kita dilahirkan beragama Islam, jadi usah sesekali mensia-siakannya. Islam sudah ada dalam diri, ketika masih dalam kandungan ibu lagi. Iman juga sudah ada walaupun senipis kulit bawang. Jadi ia perlu digilap dan dijaga biar bergemerlap di dalam diri. Usah biarkan ia pudar hingga lama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap. Akhirnya, hati akan kering dan mati.

Srikandi Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba hendak mencapai title mukminah ini. Jadi, kita juga mesti mencontohi mereka. Bukan apa, kerana wanitta beriman banyak disebut di dalam al-Quran. Jaminan keuntungan untuk wanita beriman sangatlah banyak. Wanita beriman juga amat dirindui oleh syurga-Nya.

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT seperti firman-NYA dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam.

Akuilah, apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indah dan mudah. Saat ini, kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkannya sahaja secara terbuka. Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh mengamalkan Islam secara sembunyi kerana bimbang diseksa malah ketika mula hendak menyebarkan Islam, Rasulullah s.a.w sendiri pernah dicerca dan dipulaukan oleh kaumnya sendiri.

Islam maksudnya sejahtera. Jadi, apabila kita mengaku diri sebagai muslimah, maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera. Kemudian, apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan, kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah, iaitu wanita yang beriman pula. Ya ! semudah itu sebenarnya, jika kita tidak membantah suruhan-NYA ! 

Allah Huma Soli Ala Muhammad , Wa Ala Muhammad .

Thursday 8 November 2012

Bismilahirahmanirahim .


Ana syorkan buku ini bagi orang-orang yang ingin berhijrah tetapi masih lagi belum berbuat apa-apa kerana bagi ana buku ini banyak memberi tunjuk ajar kepada ana yang berkaitan dengan Islam. Jahilnya ana dulu tapi ana tidak akan biarkan diri ana sejahil dulu. allahurabi. sedih bila mengenangkan diri ana dahulu*Lap air 
mata.sat

Bagi yang dah berubah , alhamdulilah. tahniah dan syabas ana ucapkan! teruskan misi anda untuk berjuang di jalan Allah ,untuk mendapat syafaat di akhirat kelak! Ana ingin berpesan kepada sahabat-sahabat, jangan terpedaya dengan percakapan sahabat-sahabat yang ingin jatuhkan kita. Mereka tidak tahu apa yang kita rasa. Ana mohon kuatkan iman anda agar terus berjuang ! berjuang ! berjuang ! demi Islam.Ana doakan sahabat-sahabat ana agar mendapat hidayah dari Allah dan kembali ke jalan Allah.Ameen .

Alangkah indahnya jika semua gadis muslimah menutup aurat dengan sempurna.

Allahuma soli ala muhammad wa ala muhammad .


Bismillahirahmanirahim . 

Tahukah sahabat siapakah empunya gambar yang kacak ini ?

Ini arwah abah ana. Ana sangat merindui abah! Ana rindukan layanan abah kepada ana dahulu .

Huda akan berusaha untuk menjadi anak solehah abah , menjadi syafaat abah di sana .

Huda nak kejar syurga. Nak berjumpa dengan abah .

Huda sangat-sangat rindu abah !

Semoga huda menjadi anak yang solehah ya abah , yang dapat membangunkan agama Allah seperti dakwah

 yg abah sampaikan dulu. Insyaallah .

AL-FATIHAH. Semoga abah di tempatkan di kalangan para-para solihin dan dimasukkan di syurga yg 

paling teratas . ameen . :)

Laa'illahaillallah .

Wednesday 7 November 2012

Dan bagaimana akhirnya ana berpurdah.

Setiap kali memandang kaum muslimah memakai purdah , pernah terdetik di hati kecil ini , ' Kenapa aku tak seperti mereka Ya Allah .. Aku ingin seperti mereka'.. Air mata mengalir laju membasahi pipi membandingkan diri ini dan diri mereka yang berbeza bagai langit dengan bumi .

Ana juga pernah menanam azam untuk memakai purdah jika sudah berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas dan jika di izainkanNya . "Aku bukan budak sekolah agama pon , tapi layakkah aku untuk memakainya?" Sehingga suatu hari ana ada terbaca terjemahan surah ar-Rad , ayat 11 . :


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum , kecuali kaum itu sendiri apa-apa untuk diri mereka sendiri. "

Setiap malam ana beristiqarah. Sehingga lah suatu malam Allah hadirkan sebuah petunjuk dalam mimpi. Ana bermimpi ana pakai purdah dan mama sangat gembira masa tu mama siap berpesan "Jadii anak solehah nah , Jadi anak akhirat". *Lap air mata sat . sesungguhnya , kalau boleh ana ingin terus bermimpi dan tak bangun bangun.


15 oktober 2012 yang lalu , kali pertama ana memakai purdah . Subhanallah , alhamdulilah , allahuakbar . Alhamdulilah , ana percaya ini hidayah dari Allah kepada ana . sahabat ana pernah berpesan kepada ana , hidayah Allah kita sendiri yang perlu cari , bukan seperti jodoh yang sudah di tulis di luh mahfus. Ketika ana berada di depan cermin , ana teringat balik ayat mama ana kepada ana suatu ketika dahulu . Mama akan gembira bila semua anak-anak mama berjaya didunia dan di akhirat , dan mama mahu anak-anak mama berjaya menjadi anak soleh dan solehah . Ana terpaku , Anak solehah kah aku ?

Pada suatu malam , ana pulang dari kedai dan terus masuk ke bilik mengambil purdah yang ana tempah telah ana dapat . Ana bergegas menuju ke  dapur mencari mama . mama terdiam . Allahurabbi , jelas terpancar kegembiraan di hati mama. terima kasihh mama , semoga Allah redha . Ana berlalu pergi . Pintu bilik ditutup rapat. "sekarang masanya ana perlu berubah menjadi lebih baik , masa untuk hidupkan watak Annur Jannah. Allahuakhbar ! Ya Allah bantulah hambamu , bantulah hambamu menyelami cintaMu , Rabbi yassir wala tu'assir..'hatiku berbisik.

Sebelum ana berniqob , ana banyak mencari dan membaca pengalaman muslimah berniqob. Allahurabbi :)
Sungguh terlalu banyak mehnah yangg Allah hadirkan untuk muslimah berniqob. Tetapi , sebaliknya mehnah yang Allah hadirkan itu terdapat 'hadiah' yang sangat teristimewa dari Allah sedang menunggu kita. Subhanallah ! Allah Maha Pemurah lagi maha Penyayang. Dan benarlah , mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis . Bukan mudah nak masuk syurga Allah tau ! Kena usaha . Man jadda wa jadda.^_^

Dulu sebelum belum ana berniqob , ana jenis upload gambar juga di facebook . Ustaz kata kira rezeki  'mereka mereka' lah yang pernah lihat wajah ana . -__-" Walaupown sekarang agak kesal atas kejahilan diri ini T__T . Dan sesiapa ada gambar ana , mohon delete segera demi sahabatmu. Kalau ada juga yang berkeras nak save juga , itu hak kamu dan jawab dengan Allah satgi ;D

Pada muslimah yang baru ingin mencuba berniqob , silakan ! anda pasti akan merasakan nikmatnya . Betul . Nikmat sangaaattt ! Ana pon masih cuba mengekalkan permakaian niqab ini . Ya pakai niqab kena beristiqamah , niatnya hanya untuk Allah , Hanya untuk mendapat redha Allah yang maha besar . Biar orang nak cakap apa , Allah kan ada ? Ana masih belajar . Masih lagi belajar untuk memakai niqab sepenuh masa . Muslimah yang sama seperti ana , marilah berdoa , solat taubat , solat istikarah , solat tahajud . insyaallah pasti kita akan temui jawapannnyaa .

&
Mengenai  tempat-tempat yang melarang memakai niqob , seperti ketika kuliah dan juga profesional perguruan niqab adalah dilarang sama sekali . Bagi ana , jika suatu tempat melarangkan kita memakainya , maka tanggalkan lah . Kita amalkan apa yang kita mampu . Pentingkan amalan dalaman , dan luaran akan ikut sama . Bila berada di tempat tersebut tidak perlulah memakainya . Kawan-kawan ana yang berniqab pown membuat perkara yang sama. Usah hiraukan kata-kata orang yangg berkata . 'Eh apa ni ?' Kejap pakai kejab tak. Usah hiraukan mereka. Mereka bukannya membwa manfaat kepada kita pon. Pentingkan amalan dalaman , jaga solat, hati, banyakkan memperbaharui niat supaya belajar erti niat ikhlas kerana Allah. Banyakkan menuntut ilmu sahih , dan dengan ilmu sahih itu kita akan melakukan amalan sahih. Maka iman kita akan turut meningkat. itulah kekuatan dalaman kita. Apa-apa pun teruskan beristiqamah memakai niqab , buatlah yang termampu kerana Allah . Insyaallah ana lepas SPM ana akan pergi menuntut ilmu agama di sekoolah pondok dekat kelatan . mohon doa sahabat-sahabat ana dan doakan ana terus bermujahidah dan beristiqamah untuk memakai niqab kerana Allah.

Walaupun anda sudah berniqab dan berpurdah , tapi anda masih menunjuk dan menayang itu bererti hati anda masih berlum lagi berniqab atau berpurdah dan anda bukanlah yang terindah.

Untuk anda yang membuka, memang terbuka, terdedah serta mendedah, anda memang hebat kerana mengundang padah dan anda langsungnya bukan yang indah , jadi bersiaplah untuk diazab oleh Allah. 

.................

Secebis nasihat untuk semua niqobis dan bakal niqobis.

"wah, cantik dia pakai tuduung jubah, tudung labuh dan purdah. mesti ramai lelaki yang soleh akan tertarik."

"Pakai niqob nampak baik , mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik"

Siapakah yang menyebabkan dialog diatas pemakainya atau yang melihatnya? Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kerana memilih untuk berniqob. Kenal pastilah dulu, setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat.

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah dari individu dan masyarakat luar. Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit.

Tapi bila sudah berlindung di sebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam terhadap kita? Jangan jadikan niqab ini fesyen.

Jangan begitu !

Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah,
Niqob hanya nanti akan menjadi trend atau ikutan orang berdakwah.

Kenapa memakai niqob ?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
Kena pakai niqob dulu , baru nampak macam ustazah .

Jangan begituu !!

Seriuslah ! kalau benar ingin berniqob untuk menjaga diri dan fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan menimbulkan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba dia akan diperhatikan oleh musuh-musuh menanti di celahan yang boleh membuatkan diri dia terjatuh. Lebih terukk lagi, kejatuhan dia memburukkan islam.

Terakhir untuk semua muslimah
Maka pakailah dengan kefahaman yang jelas.
Ana ingatkan sekali lagi ya kefahaman

Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikut kakak atau ustazah,
bukan sebab trend , bukan sebab fesyen.

Alangkah indahnya jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut. Indahnya muslimah yang berpurdah ^_^

Akhir kalam , kalau nak jadi wanita berpudah itu sangat mudah tetapi nak jadikan diri solehah sangatlah susah.

Alhamdulilah, ana akan menulis setelah sekian lama terbehenti. Terima kasih kepada mama , keluarga , dan semua yang memberi sokongan supaya ana menghasilkan entry dan bagaimana akhirnya ana berpurdah yang diberikan oleh kawan-kawan. Jangan lupa doakan ana ya , duhai kawan-kawanku yang tersayang , yang tercomel, yang tercantik lagi yang terbaik. :)

Maka penghijrahan pun bermula dengan Rabbi yasir wala tu'assir.
It's all searching the Redha of Allah Taala.

Laa'illahaillallah .

 


Wednesday 31 October 2012

Allah make me strong . :)

Bismillahirahmanirahim .

Hari ini ana sangat terasa diri . Ana perlukan sokongan dan kekuatan . Ana sangat sedih dan kecewa bila orang tidak tahu apa itu erti 'penghargaan' seseorang . Ana tidak minta sahabat-sahabat ana menghargai ana . tetapi ana minta sangat hormati ana sbg ketua dalam pasukan pengawas . Selama ini ana banyak bersabar dengan kerenah-kerenah rakan-rakan pengawas . tk bertugas , ana yang amik alih tempat tugas mereka , sebab ana sayangkan kawan-kawan ana . tapi ini balasan kawan-kawan ana kepada ana ? allahurabbi . sedih sangat hati ini . salah ana rasanya , terlalu berlembut dengan kawan-kawan ana , sehingga waktu kawan-kawan ana tak menjalankan tugas , ana yang kena smesh cukup-cukup dengan cikgu . itu pown still kawan-kawan ana tidak ade sifat simpati dekat ana . tkpe ana tk mengharapkan . asalkan hati mereka puas . :) sahabat-sahabat ana yang ana sayangi , tahu tak betapa susahnya pegang jawatan sebgai ketua pengawas . banyak sangat kena dengan cikgu . nasib baik Allah kurniakan ana sebagai seorang yg sangat bersabar . cikgu-cikgu cakap ape , sentiasa ana menangis . tapi tak menangis depan kawan-kawan ana . sebab kawan-kawan ana tk dapat rasa apa yang ana rasa . jadi , ana mengadu kepada Allah and ana akan senyum selepas mengadu segalanya kepada maha pencipta .

sahabat sekalian , untuk pengetahuan sahabat , tugas ana sebagai ketua hanya memantau . bukan buad semua kerja-kerja pengawas . semua anak buahnya akan buad . tapi ade tk ana biarkan sahabat ana buat kerja semuanya ? tidak kan ? ana tolong lagi . walaupown bukan tugas ana . tapi ana sedih sangat bila dapat tahu , sahabat ana , mengeluh buat kerja ape yg ana suruh , sebab takut ana yang dapat nama dkt cikgu ? sahabat ana siap kata lagi , ana best jea bercuti di kuala lumpur sedangkan biarkan mereka buat kerja ? allahurabbi . terdiam ana bila dapat tahu . sahabaattt . ana pergi kuala lumpur bukan bersuka ria . cuba tanya mama ana , ana dh banyak kali mengelak utk tidak pergi , tapi mama ana tetap suruh ana pergi ? adakah ana perlu derhaka terhadap mama ana ? tidak !! ana lebih pentingkan mama dari sahabat . untuk pengetahuan sahabat ye , ana pergi kuala lumpur , ana still jalankan tugas ana . ana still contact sahabat-sahabat ana yang lain . nak pastikan kerja siap . tapi ana still kena macam-macam cemuhan dekat diri ni . tkpe , Allah bersama dengan ana . hanya Allah jea yang tahu isi hati ana . Hmmmm , ana rasa start tahun depan ana nak jadi seorang singa lhaaa . yang adil kepada keadilan . pengawas mane yang tk bertugas , ana akan amek tindakan . pengawas mane yg bermekap , ana akan suruh padam laa-laaa tuu jugokkk . pengawas mane bawak phone ana akan rampas . baru tahu bilaa ana tidak berlembuttt , ana tidak akan biarkan diri ana dipijakk lagi  !! peritt sangat dengan ape yang ana lalui . nantikan perubahan ana tahun depan sahabat . Kalau ade salah ana , tegur ana depan-depan . bukan kutok ana , hina ana , belakang ana . pantang diri ana . ana anggap sahabat seorang pengecut . ana cabar sahabat . :)

Sungguh ana perlukan kekuatan di saat ini Allah , bantu ana untuk harungi semua ini ,tiada sesiapa lagi di sampingku kecuali Engkau . =,(
Sungguh anaa perlukan bimbingan dan didikan dari Yang Maha Agung Allah.. tegur ana , bantu ana untuk harungi semua ini , ana hanya ada Engkau saja untuk mendengar luahan ana . Ana tahu semua boleh baca apa yang ana tulis di sini tapi apa yg mereka boleh buat?? Mereka xtahu apa yg ade dalam hati ana dan fikiran ana , Hanya Kau saja Ya Allah , hanya Kau sajalah Yang mampu Menghilangkan segala kesedihan dan kekecewaan ini , hanya Allah saja yg memahami diri ini..Hanya Allah saja yg boleh menolong ana , cukuplah hanya Allah sebagai Penolong ana , cukuplah hnya pada Allah saja tempat ana bergantung harap , cukuplah hanya Allah sebgai Penilai dan Hakim atas setiap apa yang ana lakukan dlm kehidupan ana. ,cukuplah hanya Allah saja yg menilai tiap perbuatan ana dan pilihan ana , ana xperlukan hujah2 dan pertikaian daripada sesiapa pun kerna hnya ana yang tahu apa yg ana lalui dan kamu..kamu...kamu xkan pernah tahu apa yg dialami oleh ana walau kata2 dan hujah ukhti sangat ribut dan kencang membicarakan sesuatu yg ukhti sendiri tidak pernah tahu dan tidak pernah rasa or alami .
Terima kasih yg tak terhingga pada kalian yg memanipulasi dan mempertikaikan , kerna hujah uhkti semua membuatkan ana lebih kuat untuk hadapi masa akan datang dan buatkan ana lebih tegar dan kukuh dengan prinsip2 ana. semoga Allah merahmati hidup kalian semua dunia dan akhirat , semoga suatu masa nanti kamu akan berada di tempat ana dan memahami apa yg ana lalui selama ini supaya anggapanmu itu akan dibetulkan oleh dirimu sendiri , maafkan diri ini kerna pernah tersalah cara dlm membela diri sedang diri lupa bahawa cukuplah hanya ALLAh saja sebagai PEMBELA...wallahu’alam...



Friday 26 October 2012

Gadis .
Kau cantik pada pandangan ,
Lahirmu menjadi permata ,
Belahan jiwa ayah bonda .

Gadis ..
Tika kau memandang dunia indah ,
Kau hibur jiwa raga ,
Hingga hampir ternoda .

Gadis ..
Berhiburlah seadanya ,
Kerana dunia persinggahan cuma ,
Pelabuhan sementara buat perantau ,
Yang duduk melepaskan lelah ,
Menyediakan bekal , menyemai benih ,
Kemudian berlepas pergi ,


 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |