Tuesday 22 September 2015

Cara Meluahkan Perasaan

Asalamualaikum


Korang , hari ni Huda nak share or nak bagitau kat korang cara untuk meluahkan perasaan . Eh , tapi ni bukan lah cara nak luahkan perasaan dekat orang yang kita suka or what . But , cara yang Huda nak share kan ni adalah cara korang luahkan perasaan yang terbuku kat hati korang tu . i mean perasaan korang tak kira lah tengah marah , sedih , happy or whatever kan .

  Huda yakin , mesti ramai di antara korang yang kadang-kadang tak tahu nak luahkan macam mana lagi kan ? Kalau nak luahkan dekat kawan , mesti macam susah nak percayakan kat kawan . Tapi sebenarnya , itu semua atas diri kita juga macam mana kita nak luahkan .

Pertama sekali , kita kena lah kenal pasti cara yang terbaik untuk kita luahkan perasaan tu . Bila korang dah luahkan , korang mesti akan rasa seronok , lega and macam-macam perasaan time tu kan . Tak kira lah , korang nak melukis ke , mewarna ke , menulis ke , menaip ke ataupun nak menjerit kat tempat tinggi sampai perasaan tu terluah . 

Macam-macam cara sebenarnya kita boleh guna . If korang tak tahu , meh sini Lyssa nak share serba sedikit cara nak luahkan perasaan .

TULIS TENTANG APA YANG KORANG RASA



Menulis mungkin salah satu cara yang berguna untuk korang kenalpasti perasaan korang sendiri . Setuju atau tak ? Ada orang luahkan di dalam diari , ada juga yang buat satu blog untuk dia luahkan segala perasaan dia dalam dulu . Tak kira lah , dia nak bagi orang baca atau pun untuk private blog dia . Tapi percaya lah , rasanya cara ni paling berkesan kot . Lepas kita taip or tulis , kita akan rasa sepuas-puas nya . Tapi , itu terpulang kepada individu masing-masing cara dorg nak luahkan . Ye tak ?
 
 MELUKIS ATAU MEWARNA


Ini jugak salah satu cara yang korang boleh gunakan untuk meluahkan perasaan korang tu . Ada juga sebenarnya orang yang suka luahkan dengan cara ini . Dia merasa lebih tenang bila dia melukis atau mewarna sesuatu benda . Tak semestinya korang yang tak berseni tak boleh cuba cara ini kan ? Mana tahu , hasilnya akan membuatkan korang rasa tenang dan lapang . 


BERMAIN MUZIK ATAUPUN MENYANYI
Ada juga kan yang suka menyanyi bila nak luahkan perasaan dia . Tak kiralah , dia nyanyi sorang-sorang dalam bilik dia ke , dalam toilet ke , mahupun di puast-pusat karaoke . Dengan cara itu , dia dapat meluahkan perasaan dia yang terbuku dalam hati dia tu . Lsgi-lagi bila menyanyi sambil bermain muzik . Sambik bermain muzik , sambil bernyanyi , dapat pulak ilham untuk menghasilkan lirik lagu . Ye tak ? 


BERSUKAN
Ok . Bersukan dapat meluahkan perasaan korang secara fizikal . Tak kiralah , korang nak berbasikal ke , bermain badminton ke , ataupun berlari . Memang dapat luahkan perasaan dengan mudah . Tambahan pula , bila korang bersukan berpasukan . Ianya membolehkan korang meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli pasukan yang lain secara langsung ataupun tidak langsung .
 
 MENJERIT
Ramai juga yang suka luahkan perasaan mereka dengan cara ' menjerit ' . Kan ? Tambah yang tengah tension dengan study , kerja atau masalah hubungan dalam percintaan . Selalu , lelaki lah memang banyak yang suka luahkan dengan cara ni . Ye kan ? haha  . Pergi naik atas bukit , jerit puas-puas lepas tu duduk senyap-senyap atas tu . Ada juga yang suka menjerit dengan lautan yang luas . Ceh ayat * a'ah , ada je la yang suka jerit . BAgi mereka yang suka dengan cara ini , akan merasa lega dan puas dan sagala perasaannya ketika itu akan lenyap seketika .
 
 BERCERITA PADA IBU BAPA / FAMILY
kalau cara ni , selalu anak-anak perempuan sukalah kan . Siapa yang betul-betul rapat dengan parents dia , dia akan cerita kan dan luahkan semua perasaan dia kat parents dia . Tak kira lah pasal masalah di sekolah ke , masalah dengan kekasih ke , jika korang rasa cara ini dapat melegakan hati dan perasaan korang , just go on . 

Ok . Dah ada 6 cara yang dah dikongsikan . Ianya terpulang kepada individu masing-masing bagaimana caranya korang luahkan perasaan korang tu . Tapi sebenarnya , bagi Huda cara yang paling terbaik and the best ialah luahkan perasaan kita kepada ALLAH SWT . Dia Maha Mendengar . Segala rintihan hambaNya , didengarNya dan insyaAllah , selepas korang luahkan segalanya kepadaNya , korang akan rasa lebih tenang . InsyaAllah . 


So , sekarang , boleh la korang SHARE pulak , cerita lah kat ruangan comment ni , korang luahkan perasaan korang dengan cara apa ? :D * nak tahu jugakk *

0 comments:

Post a Comment

 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |