Friday, 9 October 2015
Aku SAKIT, DIA penyembuh.
Sesungguhnya kesembuhan itu milik
Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri
sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa
penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh
Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan
peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
'Sesungguhnya, Aku menurunkan al-Quran itu merupakan penawar, penyembuh dan rahmat kepada orang beriman'
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan. Ayat Quran ada menyatakan bahawa apabila Allah nak sesuatu itu terjadi, pasti akan terjadi. Contohnya, KALAU Allah mahukan kita sembuh, pasti akan sembuhkan, dengan izin Allah, In sya allah.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.
Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan , bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
Wallahua'lam.

Tuesday, 22 September 2015
Cara Meluahkan Perasaan
Asalamualaikum ♥
BERMAIN MUZIK ATAUPUN MENYANYI
BERSUKAN
Korang , hari ni Huda nak share or nak bagitau kat korang cara untuk meluahkan perasaan .
Eh , tapi ni bukan lah cara nak luahkan perasaan dekat orang yang kita
suka or what . But , cara yang Huda nak share kan ni adalah cara korang
luahkan perasaan yang terbuku kat hati korang tu . i mean perasaan
korang tak kira lah tengah marah , sedih , happy or whatever kan .
Huda yakin , mesti
ramai di antara korang yang kadang-kadang tak tahu nak luahkan macam
mana lagi kan ? Kalau nak luahkan dekat kawan , mesti macam susah nak
percayakan kat kawan . Tapi sebenarnya , itu semua atas diri kita juga
macam mana kita nak luahkan .
Pertama sekali ,
kita kena lah kenal pasti cara yang terbaik untuk kita luahkan perasaan
tu . Bila korang dah luahkan , korang mesti akan rasa seronok , lega and
macam-macam perasaan time tu kan . Tak kira lah , korang nak melukis ke
, mewarna ke , menulis ke , menaip ke ataupun nak menjerit kat tempat
tinggi sampai perasaan tu terluah .
Macam-macam cara
sebenarnya kita boleh guna . If korang tak tahu , meh sini Lyssa nak
share serba sedikit cara nak luahkan perasaan .
TULIS TENTANG APA YANG KORANG RASA
Menulis mungkin
salah satu cara yang berguna untuk korang kenalpasti perasaan korang
sendiri . Setuju atau tak ? Ada orang luahkan di dalam diari , ada juga
yang buat satu blog untuk dia luahkan segala perasaan dia dalam dulu .
Tak kira lah , dia nak bagi orang baca atau pun untuk private blog dia . Tapi percaya lah , rasanya cara ni paling berkesan kot . Lepas
kita taip or tulis , kita akan rasa sepuas-puas nya . Tapi , itu
terpulang kepada individu masing-masing cara dorg nak luahkan . Ye tak ?
MELUKIS ATAU MEWARNA
Ini jugak salah
satu cara yang korang boleh gunakan untuk meluahkan perasaan korang tu .
Ada juga sebenarnya orang yang suka luahkan dengan cara ini . Dia
merasa lebih tenang bila dia melukis atau mewarna sesuatu benda . Tak
semestinya korang yang tak berseni tak boleh cuba cara ini kan ? Mana
tahu , hasilnya akan membuatkan korang rasa tenang dan lapang .
BERMAIN MUZIK ATAUPUN MENYANYI
Ada juga kan yang
suka menyanyi bila nak luahkan perasaan dia . Tak kiralah , dia nyanyi
sorang-sorang dalam bilik dia ke , dalam toilet ke , mahupun di
puast-pusat karaoke . Dengan cara itu , dia dapat meluahkan perasaan dia
yang terbuku dalam hati dia tu . Lsgi-lagi bila menyanyi sambil bermain
muzik . Sambik bermain muzik , sambil bernyanyi , dapat pulak ilham
untuk menghasilkan lirik lagu . Ye tak ?
BERSUKAN
Ok . Bersukan dapat
meluahkan perasaan korang secara fizikal . Tak kiralah , korang nak
berbasikal ke , bermain badminton ke , ataupun berlari . Memang dapat
luahkan perasaan dengan mudah . Tambahan pula , bila korang bersukan
berpasukan . Ianya membolehkan korang meluahkan perasaan dan bergabung
tenaga dengan ahli pasukan yang lain secara langsung ataupun tidak
langsung .
MENJERIT
Ramai juga yang
suka luahkan perasaan mereka dengan cara ' menjerit ' . Kan ? Tambah
yang tengah tension dengan study , kerja atau masalah hubungan dalam
percintaan . Selalu , lelaki lah memang banyak yang suka luahkan dengan
cara ni . Ye kan ? haha . Pergi naik atas bukit , jerit puas-puas lepas
tu duduk senyap-senyap atas tu . Ada juga yang suka menjerit dengan
lautan yang luas . Ceh ayat * a'ah , ada je la yang suka jerit . BAgi
mereka yang suka dengan cara ini , akan merasa lega dan puas dan sagala
perasaannya ketika itu akan lenyap seketika .
BERCERITA PADA IBU BAPA / FAMILY
kalau
cara ni , selalu anak-anak perempuan sukalah kan . Siapa yang
betul-betul rapat dengan parents dia , dia akan cerita kan dan luahkan
semua perasaan dia kat parents dia . Tak kira lah pasal masalah di
sekolah ke , masalah dengan kekasih ke , jika korang rasa cara ini dapat
melegakan hati dan perasaan korang , just go on .
Ok . Dah ada 6 cara
yang dah dikongsikan . Ianya terpulang kepada individu
masing-masing bagaimana caranya korang luahkan perasaan korang tu . Tapi
sebenarnya , bagi Huda cara yang paling terbaik and the best ialah luahkan perasaan kita kepada ALLAH SWT
. Dia Maha Mendengar . Segala rintihan hambaNya , didengarNya dan
insyaAllah , selepas korang luahkan segalanya kepadaNya , korang akan
rasa lebih tenang . InsyaAllah .
So , sekarang ,
boleh la korang SHARE pulak , cerita lah kat ruangan comment ni , korang
luahkan perasaan korang dengan cara apa ? :D * nak tahu jugakk *
10 PANTANG Mulut Lelaki.
.Assalamualaikum ♥
Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta , baru jatuh cinta , yang sedang dilamun cinta ataupun yang sudah berumahtangga . haha . Kali ni , Lyssa nak share sikit artikel yg lyssa baca mengenai tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek , teman wanita ataupun isteri. Jika salah satu ayat ini disebut , paling kecil pun boleh menyebabkan pertengkaran dan yang paling hebat boleh menyebabkan penceraian . Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.
1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa yang I suruh.”
What
do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat
bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah
tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan
‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman
wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan. 

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan
teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’.
Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu
dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara
realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang
mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang
anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah
tiket untuk bertengkar secara hebat. 

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat
ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda
terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita
anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi
dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan
dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk
teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her
adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you
dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang
hanya akan memanaskan telinga anda. 

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah
berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana
dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara
ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu
sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin
juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan
lain di depan teman wanita anda. =((
5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi
orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan
melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda
yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak
cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik
lain yang lebih menyenangkan ye. ;")
6. “I takde mood lah.”
Sekali
lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya
bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain
daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana
bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari
menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.
7. “Perangai you macam mak you lah.”
7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang?
Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap
macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang
yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya.
Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab
dia tentu tak akan suka. o-+
8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu! ^
^
9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. [-X
10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran! :-|
8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu! ^
^9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. [-X
10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran! :-|
Comment anda ? :D :D :D
Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan daripada Dato' Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
.Assalamualaikum ♥
Actually , sahaja je nak kongsikan dengan korang info ini . Info Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan daripada Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah .
Sumber yang boleh dipercayai kan ? Pakar motivasi Malaysia yang paling Huda kagum . hihi . majoritinya .. mesti 70% kaum Hawa
yang suka sangat tengok benda-benda fakta ni . Ceh . Fakta ke ? hihi .
Sama la . saya pun suka sebenarnya tengok benda-benda macam ni . Paling
tidak , kita yang tak pernah kenal siapa diri kita yang sebenarnya ,
boleh tahu menerusi rahsia bulan kelahiran ni.
Walaupun bukanlah nak dikatakan 100% benda ni betul . Tapi , sedikit sebanyak mesti ada sangkut juga dengan perangai dan sikap kita ni . Jom kita tengok bulan kelahiran masing-masing ...
Hai korang ! Tengok je tajuk entri kali ni iaitu mengenai Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan
mesti ada yang tak sabar nak tahu dan cepat-cepat je tekan blog ini .
Lantas dengan pantasnya terus scroll ke bawah untuk tengok Bulan Lahir
korang kan ? Sampai hati tak baca pun mukadimah entri kali ni .
sobsob .
Walaupun bukanlah nak dikatakan 100% benda ni betul . Tapi , sedikit sebanyak mesti ada sangkut juga dengan perangai dan sikap kita ni . Jom kita tengok bulan kelahiran masing-masing ...
Haaa , macam mana ? Dah teliti ke satu persatu point kat atas ni . HIHI .
By the way , sesiapa yang nak kenal Huda , perangai Huda lebih kurang
je dengan perangai bulan Jun . Huda lahir 30 Jun 1996 . ehh !
hahahaha..
Korang bulan berapa ? Nak tahu juga korang ni jenis yang macam mana orang nya :p
Kali Pertama Minum Timun Susu
Hi enkorang sekalian alam , sekalian makhluk .
Hari ni saya nak story kat korang yang semalam merupakan kali pertama saya minum Timun Susu.
Mungkin ada yang pelik dan tertanya biar betul ni tak
pernah minum Timun Susu seumur hidup . Dan jawapannya , YA ! Memang tak pernah minum Timun Susu seumur hidup pun dan semalam
merupakan hari pertama dan pertama kalinya saya cuba minum .
Respon?
hmmm. MEMANG SEDAP rupanya timun susu ni . Serius oh . Minum semalam laju je minum sampai habis .
Ingat ke tak sedap . Sebab tak pernah try kan . Sebab ingat tak sedap .
Tapi , ummm .. Sedap giler ah ! Boleh la lepas ni , minum timun susu je
bila makan kat kedai . Huhu .
Timun Susu ni banyak tau khasiat nya . Jom kita tengok apa khasiatnya :
- Kaya dengan dengan unsur galian seperti alkaline dan juga “carotene” yang menjadi unsur Vitamin A dalam badan.
- Kaya dengan zat besi yang mana membantu dalam penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh badan.
- Mengandungi empat kali ganda kandungan asid posforan dan ini amat penting untuk kesihatan otak kita.
- Zat vitamin A serta zat besi dapat mencantikkan kulit seseorang.
- Unsur insulin dan tokokinin dalam lobak merah menolong seseorang yang mengidap penyakit diabetes atau kencing manis.
- Mengandungi unsur antiseptik yang mana dapat membersihkan poros usus dari pelbagai kotoran dan racun makanan.
So , bila dah banyak khasiat macam ni , memang tak kan lepas peluang la untuk minumkan .
Selalu kalau kat kedai mesti akan
order ' Teh O Ais' . Tak pernah la nak order air minuman yang lain .
Bukan bagus sangat pun minum Tea O Ais tu . Ntah-ntah kandungan gula
dalam badan saya ni dah melebihi tahapnya apa ? Takutnya . Um .
Jadi bila dah tahu kesedapannya , apa lagi .. Minum je la Timun Susu ni selagi tak jemu . hahaha . Badan sihat, minda pon cergas :D
Gandaan Duit Simpanan Sendiri
Assalamualaikum
1 CARA yang paling senang untuk gandakan duit simpanan yang kita ada, hmmm hahh mcm mana?? bukan MLM. BUKAN.
uolls
tolong la jangan nak percaya skim cepat kaya. Satu cara paling senang
untuk gandakan duit simpanan dan juga simpanan pada masa akan datang,
dengan membeli emas sebagai simpanan. Untung simpan emas sebab harga emas sangat stabil. Pernah ke dengar orang simpan emas kerugian teruk ? takde kann ..
EMAS
Pelindung nilai terbaik! Lindungi diri dan generasi pewaris kita dari
kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan
menyebabkan wang simpanan kita MENYUSUT nilai.
Berubahlah kepada simpanan emas kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda ;
Akan tiba satu zaman , dimana tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan
kecuali emas dan perak.
Sekarang
tengah kempen 1g emas 1bulan 1 keluarga. So, tiap2 bulan btambah
konsisten simpan emas.Jadi sekarang tak perlu tunggu duit banyak baru
beli emas , kalau tunggu takot x mampu miliki emas sebab emas djangke meningkat hingga rm500 per gram menjelang 2020.. wow..
setakat ni ramai yang guna duit simpanan emas ni untuk melanjutkan pelajaran, menunaikan haji, kos perkawinan dan sebagainya.
sebab
tulaa tengok makcik2 bedah ,tipah suka sangat beli barang kemas.
Selain tujuan perhiasan, depa ni tunggu harga naik pastu jual sebab
untung besar!
mana taknya .. beli harga '' ini '' jual harga ''itu ''..harga tu pulak bukan main jauh beza tinggi.. pandai mereka ni
Lelaki pun simpan emas nii, yeahh,..
kenapa perlu simpan emas sebab kalau simpan duit, duit tak berganda pun. pastu nanti akan bawak keluar duit dan belanja. haha.. Saya la tuu . Saya sudah mengambil langkah bijak dalam pelaburan masa depan. yay ! Azam baru, i will try my best untuk beli dinar setiap bulan walaupon suku dinar. wink wink.
Subscribe to:
Posts (Atom)