Thursday, 3 December 2015

Kemana Huda Menghilang?

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^

Meh nak cerita pasal kehidupan huda sekarang :D .
Huda nak cerita dari mula sampai habis . Hope korang baca lah ye . haha . 

Ok . Kalau korang nak tahu , Huda sekarang kan dah jadi student . Memang ramai pun dah tahu kan ? Tapi ramai yang tak tahu Huda study kat mana . Nak gitau ke tak nak ek ? err.
Pada mulanya memang rasa tak nak bagitau pun . haha . Tapi lama-lama rasa macam nak je story kat korang semua . Oh ya !

Now , Huda study di Universiti Kebangsaan Malaysia. Agak-agak ada ke yang pernah dengar U ni ek ? haha . Mesti ade kan? Universiti berprestij tuu. hehe. Dan Huda ambil kos Keusahawanan dan Inovasi . Dah nak habis Sem baru Huda nak story kat korang kan ? alaa . sorry la . haha . 

Next two week , dah mula dah final exam . So , diz week is a study week . So , dalam kesempatan ini , Tu yang sekarang perasaan nak update tu membuak-buak sebab sekarang lah masanya untuk Huda ceritakan semua nya . 
Dekat sini Tak ada pun yang Huda rasa kureng . Semua complete . Apa yang best nya , kampus ni dikelilingi dengan kedai makan ! haha . Berderet kedai makan kat kampus ni .  Tu yang best . "Saya kan kuat makan !" Memang syok la dok kat kampus tu 24 jam . Duit pun habis kat makanan je . haha . 
Bagi kos yang Huda ambil tak de la ramai mana pun . Ada la lebih kurang dalam 25 orang . Sikit sangat orang dalam kos ni..  Doakan huda berjaya ya!
.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini.Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.

Contoh : berkawan 3 orang ,5 orang atau seangkatan dengannya.
 
Selalunya,persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’.Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 .Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan ,dan timbullah persoalan antara mereka ..
Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.

Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:-

1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali.(buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak  

   kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang terakhir tau.

Bila situasi ini terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.

Jadi,sapa2 yang mengalami situasi begini:

Yang pertama sekali anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri!

Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik perhatian sahabat kita.

Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,

"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."

 
dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat..

Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda.
 

Cara Mengatasi Perut Buncit

Anda pasti mengeluh dan hilang keyakinan apabila melihat perut yang semakin ke depan dan sudah pasti ini menggangu penampilan. Buncit juga menandakan risiko kesihatan yang biasanya dikaitkan dengan kesan obesiti.  Perut buncit ini mengandungi lemak visceral yang amat berbahaya bagi tubuh. Jadi Lyssa nak kongsikan sedikit tips bagi 'membunuh' buncit perut!



















1. Ambil serat larut secara teratur
Pastikan antara 30 – 35 peratus daripada makanan yang dimakan merupakan serat larut.  Orang yang lebih banyak mengambil serat larut mengalami pengurangan lemak perut daripada masa ke semasa. Sumber  yang baik bagi serat larut adalah seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, kayang soya dan daging tanpa lemak.
2. Rajin bersenam
Latihan intensiti sederhana hingga latihan intensiti tinggi dapat membantu mencegah pengumpulan lemak visceral di dalam perut.  Jika anda menambahkan waktu untuk bersenam serta melakukannya secara rutin, lemak perut akan berkurangan. Beberapa latihan kardio seperti joging, tenis dan lompat tali contohnya, berguna untuk membakar lemak. Jangan pula buat senaman apabila kita rajin sahaja, tetapi anda perlu melakukannya secara teratur pada waktu pagi atau petang.
3. Banyak minum air putih
Mengambil air putih sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh.  Air putih mampu mengeluarkan racun di dalam badan di samping menyeimbangkan kadar metabolisme tubuh.  Air putih juga kekalkan tubuh dalam keadaan hidrasi. 
Minum air putih sebelum makan juga membantu mengelakkan anda makan terlalu banyak.  Mereka yang minum dua gelas air sebelum makan, akan mengambil kalori yang sedikit berbanding orang yang tidak minum air terlebih dahulu.  Jadi bagi mencegah perut buncit, bawalah air putih ke mana saja anda pergi.
4. Makan banyak buah-buahan
Golongan yang mengambil beri biru setiap hari memiliki lemak perut yang sedikit berbanding yang tidak mengambilnya, malah risiko yang rendah mendapat penyakit jantung dan diabetes.
Buah limau bali juga merupakan pilihan yang baik untuk mencegah perut buncit.  Dua manfaat utama daripada buah ini adalah indeks glikemik yang rendah dan juga dapat membakar lemak jauh lebih baik daripada sumber makanan lain.  Buah-buahan lain yang membantu mengurangkan kenaikan lemak perut adalah seperti tembikai, oren, lemon dan kiwi. 
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya sejenis buah setiap kali selepas makan atau ketika anda berasa ingin mengunyah sesuatu.  Jus daripada buah-buahan juga boleh menjadi pilihan, tetapi pastikan  tidak ditambah pemanis.
5. Makanan sihat dan makan dengan kerap
Amalan mengambil makanan sihat dapat membantu penurunan berat badan.  Ketika menstruasi, wanita cenderung makan dengan kerap.  Dalam tempoh itu, metabolisme akan bekerja perlahan-lahan.
Disarankan juga agar anda memasukkan beberapa variasi makanan lain sebagai tambahan seperti badam, anggur, epal, yogurt rendah lemak dan biskut gandum di dalam menu makanan sihat anda.
 Selamat mencuba!

Wednesday, 14 October 2015

Suasana di UKM

 

 

 

UKM adalah nama tidak asing lagi dimata insan yang bergelar mahasiswa.Kehidupan bergelar mahasiswa bukan sesuatu yang mudah.Kekuatan dalam jiwa harus hadir dahulu sebelum kekuatan luaran. Huda datang ke sini penuh dengan harapan dan cita-cita yang ingin Huda tunaikan.

Pada Huda usia remaja, huda telah biasa untuk hidup berdikari,Huda tidak pernah memilih kawan. Huda kawan dengan semua jenis manusia dari yang baik hingga ke yang jahat. Bagi Huda mereka juga insan tidak bebas daripada dosa.Memang maksiat yang dilakukan kita benci tapi dalam menghakimi insan itu bukan tugas.Neraka dan Syurga adalah kepunyaan ALLAH SWT.Percaturuan hidup boleh saja berubah bisa sahaja diakhir kehidupan ia menjadi seorang yang baik.

Kini alhamdulillah huda ditempatkan di UKM. UKM merupakan universiti yang indah,kaya dengan flora dan fauna.Suasana yang nyaman menghadirkan jiwa yang merindui alam semulajadi.UKM juga memiliki pensyarah-pensyarah yang berkuali. Jika tidak percaya lihatlah di tesis-tesis kajian mereka,anda akan melihat bagaimana kedalaman ilmu mereka.

Di UKM inilah huda belajar erti kebaikan. Kebanyakkan insan-insan disini semuanya baik-baik belaka. Senior sentiasa menolong junior.Tidak pernah mereka menjergah huda dan kawan-kawan. Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar kepada huda.

Begitulah juga dengan susanannya.Insan yang baik akan lahir jika suasana persekitarannya baik atau biah soleh. Suasana disini sentiasa melentakkan agama sebagai pondasi bagi setiap perkara. Disinilah huda mula hadirkan kembali untuk mendengar majlis-majilis ilmu. Majlis ilmu disini bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Setiap minggu sahaja huda berpeluang untuk ke majlis ilmu. Perasaan kerinduan hudaterhadap majlis ilmu sudah dapat dilepaskan kerinduannya.

Berbicara tentang sistem pendidikan UKM.Sistem pendidikan di ukm sesuatu yang agak unik dengan universiti lain. Memanglah huda tidak bersetuju dengan sistem pendidikan ini secara keseluruhan tetapi bukanlah salah universiti ini mungkin kehendak yang ditetapkan kerajaan.UKM akan sentiasa membuka ruang kepada anda untuk melakukan apa yang anda minat. Apabila insan itu melakukan apa yang diminatinya maka kejadian luar biasa akan berlaku.

Huda mengambil jurusan  Ijazah Sarjana Muda Keushawanan dan Inovasi. Satu-satunya kos yg paling sikit orang dekat UKM ni. Dalam 30 orang jer. And huda third batch kos ni. :D Jadi jom lah ramai-ramai amek kos ni nanti. bestttt ~ latih kita sbgai boss dan untuk bukak bisness sendiri :)

Selain itu, pelbagai sukan dan kelab ditawarkan kepada anda.Jika anda minat menjadi usahawan maka Universiti ini adalah platform terbaik unutk anda.UKM menyediakan pelbagai ruang kepada anda untuk anda kembangkan potensi dalam diri anda.

Kawan-Kawan adalah insan yang paling banyak membantu huda dalam segenap aspek. Huda sentiasa ada masalah transport maka merekalah yang akan sentiasa tolong.Siyes huda cakap kawan-kawan disini memang baik. Kehidupan disini akan menjadikan anda insan yang  cemerlang dari segernap aspek.Maka pilihlah UKM sebagai pilihan anda.


Friday, 9 October 2015

Assalamualaikum..

PROLOG :
Alhamdulillah, its been a year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah. :')

sekarang huda dah tukar status. status dari "single" kepada "engaged". ya ALLAH, rasa macam baru semalam saja baru bertunang, semua perasaan takut, syukur, malu, seronok, tak hadam hadam lagi. padahal.

majlis pertunangan diadakan pada 26 September 2015 lepas. fine. dah lama dah kan. tapi tak hebah mana mana pun. yang tahu pun berapa ketol manusia saja. sedara mara, kawan-kawan baik. Semuanya serba ringkas, tapi memenuhi kehendak dan keperluan 1Malaysia *okay. sangat tetibe*


  Hehehe, sepanjang dan sebelum majlis kakak huda banyak sangat membantu. Ya Allah terharu sangat-sangat dikurniakan kakak yang baik. hikhik. Persiapan majlis cuma dilakukan selama dua minggu sahaja, sebab huda kena buat persiapan ke U utk sambung degree. Banyak sangat lah kakak tolong sepanjang huda di universiti.

masa ni, kita takkan tahu untuk pilih mana satu perasaan yang kita patut rasa dulu. terharu dulu ke, sebak ke, tak pun rasa gementar nak sarung cincin dulu.
 
mama vs mentua

adik beradik perempuan saya :D
 

Haram meminang tunang orang ya, cewaah kau dah kenapa
heee. dah la, teaser je pun kan, kan? malu pulak rasa nak berbelog pasal ni. rasa segan macam kena kenyit mata dengan mamat hensem membajet romeo seboleh mungkin pulak. *kedip mata berkali-kali sambil pintal rambut*
 
Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat je. Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. Cuma... bila dalam gambar dia nampak macam gah gila. Iolls pon tanjat. Padahal bajet semua minimal. Ha trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer :) 
p/s gambar di atas bukan dari photographer lagi, nanti ioals upload tau bila dah dapat :D
 
InsyaALLAH. akan bersambung dengan entry lebih panjang...

hmm. kot

Terima kasih sudi baca :)

Wanita Dambaan Syurga


Bismillahirahmanirahim .

Menjadi perawan suci ,

Adalah cita-cita semua gadis ,

Menjadi isteri solehah ,

Adalah cita-cita wanita bahagia .

Semoga diriku tergolong dalam golongan ini . ameen .

-Laaillahaillallah-

Aku SAKIT, DIA penyembuh.

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

'Sesungguhnya, Aku menurunkan al-Quran itu merupakan penawar, penyembuh dan rahmat kepada orang beriman'

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan. Ayat Quran ada menyatakan bahawa apabila Allah nak sesuatu itu terjadi, pasti akan terjadi. Contohnya, KALAU Allah mahukan kita sembuh, pasti akan sembuhkan, dengan izin Allah, In sya allah.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan ,  bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Wallahua'lam.
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |