Tuesday, 22 September 2015

Kali Pertama Minum Timun Susu

Hi enkorang sekalian alam , sekalian makhluk . 

Hari ni saya nak story kat korang yang semalam merupakan kali pertama saya minum Timun Susu. Mungkin ada yang pelik dan tertanya biar betul ni tak pernah minum Timun Susu seumur hidup . Dan jawapannya , YA ! Memang tak pernah minum Timun Susu seumur hidup pun dan semalam merupakan hari pertama dan pertama kalinya saya cuba minum .

 Respon?
 
hmmm. MEMANG SEDAP rupanya timun susu ni . Serius oh . Minum semalam laju je minum sampai habis . Ingat ke tak sedap . Sebab tak pernah try kan . Sebab ingat tak sedap . Tapi , ummm .. Sedap giler ah ! Boleh la lepas ni , minum timun susu je bila makan kat kedai . Huhu .

Timun Susu ni banyak tau khasiat nya . Jom kita tengok apa khasiatnya :

  •  Kaya dengan dengan unsur galian seperti alkaline dan juga “carotene” yang menjadi unsur Vitamin A dalam badan.
  • Kaya dengan zat besi yang mana membantu dalam penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh badan.
  • Mengandungi empat kali ganda kandungan asid posforan dan ini amat penting untuk kesihatan otak kita.
  •  Zat vitamin A serta zat besi dapat mencantikkan kulit seseorang.
  • Unsur insulin dan tokokinin dalam lobak merah menolong seseorang yang mengidap penyakit diabetes atau kencing manis.
  • Mengandungi unsur antiseptik yang mana dapat membersihkan poros usus dari pelbagai kotoran dan racun makanan.


So , bila dah banyak khasiat macam ni , memang tak kan lepas peluang la untuk minumkan .
Selalu kalau kat kedai mesti akan order ' Teh O Ais' . Tak pernah la nak order air minuman yang lain . Bukan bagus sangat pun minum Tea O Ais tu . Ntah-ntah kandungan gula dalam badan saya ni dah melebihi tahapnya apa ? Takutnya . Um .

Jadi bila dah tahu kesedapannya , apa lagi .. Minum je la Timun Susu ni selagi tak jemu . hahaha . Badan sihat, minda pon cergas :D

Gandaan Duit Simpanan Sendiri

Assalamualaikum
1 CARA yang paling senang untuk gandakan duit simpanan yang kita ada, hmmm hahh mcm mana?? bukan MLM. BUKAN.
uolls tolong la jangan nak percaya skim cepat kaya. Satu cara paling senang untuk gandakan duit simpanan dan juga simpanan pada masa akan datang, 
dengan membeli emas sebagai simpanan. Untung simpan emas sebab harga emas sangat stabil. Pernah ke dengar orang simpan emas kerugian teruk ? takde kann ..

EMAS 
             
 Pelindung nilai terbaik! Lindungi diri dan generasi pewaris kita dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan menyebabkan wang simpanan kita MENYUSUT nilai.                              
   Berubahlah kepada simpanan emas kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda ; Akan tiba satu zaman , dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan
            kecuali emas dan perak.
 
Sekarang tengah kempen 1g emas 1bulan 1 keluarga. So, tiap2 bulan btambah konsisten simpan emas.Jadi sekarang tak perlu tunggu duit banyak baru beli emas , kalau tunggu takot x mampu miliki emas sebab emas djangke meningkat hingga rm500 per gram menjelang 2020.. wow..
setakat ni ramai yang guna duit simpanan emas ni untuk melanjutkan pelajaran, menunaikan haji, kos perkawinan dan sebagainya.
sebab tulaa tengok makcik2 bedah ,tipah suka sangat beli barang kemas. Selain tujuan perhiasan, depa ni tunggu harga naik pastu jual sebab untung besar!
 
mana taknya .. beli harga  '' ini '' jual harga ''itu ''..harga tu pulak bukan main jauh beza tinggi..  pandai  mereka ni
Lelaki pun simpan emas nii, yeahh,..
 
kenapa perlu simpan emas sebab kalau simpan duit, duit tak berganda pun. pastu nanti akan bawak keluar duit dan belanja. haha.. Saya la tuu . Saya sudah mengambil langkah bijak dalam pelaburan masa depan. yay ! Azam baru, i will try my best untuk beli dinar setiap bulan walaupon suku dinar. wink wink.
 
 
 

Monday, 13 January 2014

-Apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi-

Bismillahirahmanirahim

        Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

        Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupuaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat dihadirkan semuala dengan apa jua kegelisahan, dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan . Ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

       Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan dibiarkan dirimu sentiasa dibayang-bayang oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan lampau. Adakah anda mahu dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya, air susu kepada puting susu haiwan, dan air mata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.

       Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat lampau dan apa yg sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tiada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

       Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu : "Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka" Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai : "Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?" Si keldai menjawab : "Aku tidak suka menipu".

       Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-nyiakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk menggembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.

        Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.

Berpegang kepada secebis nasihat kawan ana 
"Allah tidak membiarkan hambaNya larut dalam kesedihan"
"Ada sesuatu rencana yang indah untuk membayar semua kesedihan yang berlaku pada masa lampau"

Waallahualam.



Monday, 12 November 2012

Dalam Gema Islam :)

Kita insan terpilih
Disebut dalam al-Quran dengan mulia
Jagailah peluang itu sebaiknya.

Alhamdulilah, mari kita ucapkan kalimah syukur ini berkali-kali, biar bergema di dalam hati. Bersyukur kerana satu rahmat besar diizin-NYA turun kepada kita, iaitu dilahirkan sebagai seorang beragama Islam. Islam adalah agama sebenar-benarnya. Bukan agama berasaskan nenek moyang yang di warisi secara turun-temurun. Lahir dalam agama ini adalah rahmat. Meneruskan agama ini adalah kemuliaan. Memupuk agama ini di dalam jiwa, itulah jihad paling besar.

Kita seorang perempuan. Kita juga beragama Islam. Maka kita ialah seorang muslimah. Ada orang yang akan membantah. Katanya, aku tidak warak jadi tidak digelar muslimah. Ehh .. usahlah sensitif sangat! Muslimah itu perkataan Arab. Maksudnya, tidak lain tidak bukan.. perempuan beragama Islam. Terma ini tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan mukminah. Itu maksudnya perempuan yang beriman dan warak.

Sesungguhnya, terma mukminah inilah yang belum layak disandang oleh ramai perempuan. Malah, ada yang tidak suka!Dalam facebook, ana sering bersembang dengan rakan-rakan. Biasalah, bermacam-macam karakter mereka kerana dilahirkan dengan latar belakang berbeza. Kebanyakannya berstatus anak orang berada. Tidak pernah langsung mengenal erti susah.

Ada rakan ana yang sangat moden ini cepat melatah apabila ana bertanya, "Kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? Ana tengok awak lebih cantik dan manis jika bertudung."Alah huda.. saya malulah. Saya belum bersedia nak pakai tudung sepenuh masa. Lagipun, saya bukanlah perempuan beriman. Noktah!

Astaghfirullahalazim.. pengankuannya itu amat menyentap dada. Apakah dia ingat, iman itu boleh dibuat mainan? Jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak sekalipun, tidak perlulah menyebut 'bukan perempuan beriman'! Mungkin sahabat ana, beriman bermaksud sopan santun, memakai tudung dan hidup berlandaskan syariat secara sepenuhnya. Sedangkan dia masih muda, masih mahu bebas bersuka ria dan tidak dikonkong oleh batas syariat.

Walau apa sekalipun tafsirannya, ana kira pegangannya salah. Jika masih belum mahu mentaati ajaran Islam sepenuhnya, usahlah sampai berani melabel diri sesuka hati, bimbang akan menjadi syirik pulak nanti. Kita dilahirkan beragama Islam, jadi usah sesekali mensia-siakannya. Islam sudah ada dalam diri, ketika masih dalam kandungan ibu lagi. Iman juga sudah ada walaupun senipis kulit bawang. Jadi ia perlu digilap dan dijaga biar bergemerlap di dalam diri. Usah biarkan ia pudar hingga lama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap. Akhirnya, hati akan kering dan mati.

Srikandi Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba hendak mencapai title mukminah ini. Jadi, kita juga mesti mencontohi mereka. Bukan apa, kerana wanitta beriman banyak disebut di dalam al-Quran. Jaminan keuntungan untuk wanita beriman sangatlah banyak. Wanita beriman juga amat dirindui oleh syurga-Nya.

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT seperti firman-NYA dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam.

Akuilah, apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indah dan mudah. Saat ini, kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkannya sahaja secara terbuka. Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh mengamalkan Islam secara sembunyi kerana bimbang diseksa malah ketika mula hendak menyebarkan Islam, Rasulullah s.a.w sendiri pernah dicerca dan dipulaukan oleh kaumnya sendiri.

Islam maksudnya sejahtera. Jadi, apabila kita mengaku diri sebagai muslimah, maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera. Kemudian, apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan, kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah, iaitu wanita yang beriman pula. Ya ! semudah itu sebenarnya, jika kita tidak membantah suruhan-NYA ! 

Allah Huma Soli Ala Muhammad , Wa Ala Muhammad .

Thursday, 8 November 2012

Bismilahirahmanirahim .


Ana syorkan buku ini bagi orang-orang yang ingin berhijrah tetapi masih lagi belum berbuat apa-apa kerana bagi ana buku ini banyak memberi tunjuk ajar kepada ana yang berkaitan dengan Islam. Jahilnya ana dulu tapi ana tidak akan biarkan diri ana sejahil dulu. allahurabi. sedih bila mengenangkan diri ana dahulu*Lap air 
mata.sat

Bagi yang dah berubah , alhamdulilah. tahniah dan syabas ana ucapkan! teruskan misi anda untuk berjuang di jalan Allah ,untuk mendapat syafaat di akhirat kelak! Ana ingin berpesan kepada sahabat-sahabat, jangan terpedaya dengan percakapan sahabat-sahabat yang ingin jatuhkan kita. Mereka tidak tahu apa yang kita rasa. Ana mohon kuatkan iman anda agar terus berjuang ! berjuang ! berjuang ! demi Islam.Ana doakan sahabat-sahabat ana agar mendapat hidayah dari Allah dan kembali ke jalan Allah.Ameen .

Alangkah indahnya jika semua gadis muslimah menutup aurat dengan sempurna.

Allahuma soli ala muhammad wa ala muhammad .


Bismillahirahmanirahim . 

Tahukah sahabat siapakah empunya gambar yang kacak ini ?

Ini arwah abah ana. Ana sangat merindui abah! Ana rindukan layanan abah kepada ana dahulu .

Huda akan berusaha untuk menjadi anak solehah abah , menjadi syafaat abah di sana .

Huda nak kejar syurga. Nak berjumpa dengan abah .

Huda sangat-sangat rindu abah !

Semoga huda menjadi anak yang solehah ya abah , yang dapat membangunkan agama Allah seperti dakwah

 yg abah sampaikan dulu. Insyaallah .

AL-FATIHAH. Semoga abah di tempatkan di kalangan para-para solihin dan dimasukkan di syurga yg 

paling teratas . ameen . :)

Laa'illahaillallah .

Wednesday, 7 November 2012

Dan bagaimana akhirnya ana berpurdah.

Setiap kali memandang kaum muslimah memakai purdah , pernah terdetik di hati kecil ini , ' Kenapa aku tak seperti mereka Ya Allah .. Aku ingin seperti mereka'.. Air mata mengalir laju membasahi pipi membandingkan diri ini dan diri mereka yang berbeza bagai langit dengan bumi .

Ana juga pernah menanam azam untuk memakai purdah jika sudah berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas dan jika di izainkanNya . "Aku bukan budak sekolah agama pon , tapi layakkah aku untuk memakainya?" Sehingga suatu hari ana ada terbaca terjemahan surah ar-Rad , ayat 11 . :


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum , kecuali kaum itu sendiri apa-apa untuk diri mereka sendiri. "

Setiap malam ana beristiqarah. Sehingga lah suatu malam Allah hadirkan sebuah petunjuk dalam mimpi. Ana bermimpi ana pakai purdah dan mama sangat gembira masa tu mama siap berpesan "Jadii anak solehah nah , Jadi anak akhirat". *Lap air mata sat . sesungguhnya , kalau boleh ana ingin terus bermimpi dan tak bangun bangun.


15 oktober 2012 yang lalu , kali pertama ana memakai purdah . Subhanallah , alhamdulilah , allahuakbar . Alhamdulilah , ana percaya ini hidayah dari Allah kepada ana . sahabat ana pernah berpesan kepada ana , hidayah Allah kita sendiri yang perlu cari , bukan seperti jodoh yang sudah di tulis di luh mahfus. Ketika ana berada di depan cermin , ana teringat balik ayat mama ana kepada ana suatu ketika dahulu . Mama akan gembira bila semua anak-anak mama berjaya didunia dan di akhirat , dan mama mahu anak-anak mama berjaya menjadi anak soleh dan solehah . Ana terpaku , Anak solehah kah aku ?

Pada suatu malam , ana pulang dari kedai dan terus masuk ke bilik mengambil purdah yang ana tempah telah ana dapat . Ana bergegas menuju ke  dapur mencari mama . mama terdiam . Allahurabbi , jelas terpancar kegembiraan di hati mama. terima kasihh mama , semoga Allah redha . Ana berlalu pergi . Pintu bilik ditutup rapat. "sekarang masanya ana perlu berubah menjadi lebih baik , masa untuk hidupkan watak Annur Jannah. Allahuakhbar ! Ya Allah bantulah hambamu , bantulah hambamu menyelami cintaMu , Rabbi yassir wala tu'assir..'hatiku berbisik.

Sebelum ana berniqob , ana banyak mencari dan membaca pengalaman muslimah berniqob. Allahurabbi :)
Sungguh terlalu banyak mehnah yangg Allah hadirkan untuk muslimah berniqob. Tetapi , sebaliknya mehnah yang Allah hadirkan itu terdapat 'hadiah' yang sangat teristimewa dari Allah sedang menunggu kita. Subhanallah ! Allah Maha Pemurah lagi maha Penyayang. Dan benarlah , mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis . Bukan mudah nak masuk syurga Allah tau ! Kena usaha . Man jadda wa jadda.^_^

Dulu sebelum belum ana berniqob , ana jenis upload gambar juga di facebook . Ustaz kata kira rezeki  'mereka mereka' lah yang pernah lihat wajah ana . -__-" Walaupown sekarang agak kesal atas kejahilan diri ini T__T . Dan sesiapa ada gambar ana , mohon delete segera demi sahabatmu. Kalau ada juga yang berkeras nak save juga , itu hak kamu dan jawab dengan Allah satgi ;D

Pada muslimah yang baru ingin mencuba berniqob , silakan ! anda pasti akan merasakan nikmatnya . Betul . Nikmat sangaaattt ! Ana pon masih cuba mengekalkan permakaian niqab ini . Ya pakai niqab kena beristiqamah , niatnya hanya untuk Allah , Hanya untuk mendapat redha Allah yang maha besar . Biar orang nak cakap apa , Allah kan ada ? Ana masih belajar . Masih lagi belajar untuk memakai niqab sepenuh masa . Muslimah yang sama seperti ana , marilah berdoa , solat taubat , solat istikarah , solat tahajud . insyaallah pasti kita akan temui jawapannnyaa .

&
Mengenai  tempat-tempat yang melarang memakai niqob , seperti ketika kuliah dan juga profesional perguruan niqab adalah dilarang sama sekali . Bagi ana , jika suatu tempat melarangkan kita memakainya , maka tanggalkan lah . Kita amalkan apa yang kita mampu . Pentingkan amalan dalaman , dan luaran akan ikut sama . Bila berada di tempat tersebut tidak perlulah memakainya . Kawan-kawan ana yang berniqab pown membuat perkara yang sama. Usah hiraukan kata-kata orang yangg berkata . 'Eh apa ni ?' Kejap pakai kejab tak. Usah hiraukan mereka. Mereka bukannya membwa manfaat kepada kita pon. Pentingkan amalan dalaman , jaga solat, hati, banyakkan memperbaharui niat supaya belajar erti niat ikhlas kerana Allah. Banyakkan menuntut ilmu sahih , dan dengan ilmu sahih itu kita akan melakukan amalan sahih. Maka iman kita akan turut meningkat. itulah kekuatan dalaman kita. Apa-apa pun teruskan beristiqamah memakai niqab , buatlah yang termampu kerana Allah . Insyaallah ana lepas SPM ana akan pergi menuntut ilmu agama di sekoolah pondok dekat kelatan . mohon doa sahabat-sahabat ana dan doakan ana terus bermujahidah dan beristiqamah untuk memakai niqab kerana Allah.

Walaupun anda sudah berniqab dan berpurdah , tapi anda masih menunjuk dan menayang itu bererti hati anda masih berlum lagi berniqab atau berpurdah dan anda bukanlah yang terindah.

Untuk anda yang membuka, memang terbuka, terdedah serta mendedah, anda memang hebat kerana mengundang padah dan anda langsungnya bukan yang indah , jadi bersiaplah untuk diazab oleh Allah. 

.................

Secebis nasihat untuk semua niqobis dan bakal niqobis.

"wah, cantik dia pakai tuduung jubah, tudung labuh dan purdah. mesti ramai lelaki yang soleh akan tertarik."

"Pakai niqob nampak baik , mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik"

Siapakah yang menyebabkan dialog diatas pemakainya atau yang melihatnya? Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kerana memilih untuk berniqob. Kenal pastilah dulu, setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat.

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah dari individu dan masyarakat luar. Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit.

Tapi bila sudah berlindung di sebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam terhadap kita? Jangan jadikan niqab ini fesyen.

Jangan begitu !

Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah,
Niqob hanya nanti akan menjadi trend atau ikutan orang berdakwah.

Kenapa memakai niqob ?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
Kena pakai niqob dulu , baru nampak macam ustazah .

Jangan begituu !!

Seriuslah ! kalau benar ingin berniqob untuk menjaga diri dan fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan menimbulkan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba dia akan diperhatikan oleh musuh-musuh menanti di celahan yang boleh membuatkan diri dia terjatuh. Lebih terukk lagi, kejatuhan dia memburukkan islam.

Terakhir untuk semua muslimah
Maka pakailah dengan kefahaman yang jelas.
Ana ingatkan sekali lagi ya kefahaman

Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikut kakak atau ustazah,
bukan sebab trend , bukan sebab fesyen.

Alangkah indahnya jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut. Indahnya muslimah yang berpurdah ^_^

Akhir kalam , kalau nak jadi wanita berpudah itu sangat mudah tetapi nak jadikan diri solehah sangatlah susah.

Alhamdulilah, ana akan menulis setelah sekian lama terbehenti. Terima kasih kepada mama , keluarga , dan semua yang memberi sokongan supaya ana menghasilkan entry dan bagaimana akhirnya ana berpurdah yang diberikan oleh kawan-kawan. Jangan lupa doakan ana ya , duhai kawan-kawanku yang tersayang , yang tercomel, yang tercantik lagi yang terbaik. :)

Maka penghijrahan pun bermula dengan Rabbi yasir wala tu'assir.
It's all searching the Redha of Allah Taala.

Laa'illahaillallah .

 


 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |