------------------------------------------
Jatuh dan bangun dalam bisnes
=======================
Jatuh dan bangun dalam bisnes
=======================
Mak saya selalu sebutkan dan pesan pada saya yang dalam kehidupan ini
untuk kita sampai sesuatu distinasi yang kita nak tuju, kekalahan dan
kemenangan kecil itu adalah seperti kaki kiri dan kaki kanan. Kita pasti
akan jumpa kesukaran dalam melangkah dan kita akan jumpa kemenangan
dalam melangkah menuju kejayaan target sebenar.
"Jika mendung dan hujan itu seolahnya kedukaan dan panas mentari selepas
hujan itu adalah keceriaan. Kita perlukan keduanya untuk melihat
kebahagiaan indahnya pelanggi".
Ramai orang sukakan kemenangan dan kejayaan dari lebih ramai yang
bencikan dengan kekalahan dan kegagalan. Sebenarnya kekalahan dan
kegagalan itulah sebenarnya guru terbaik dalam kehidupan kita untuk kita
memperbaiki hidup dari hari ke hari yang mendatang.
-----------------------
BIsnes oh bisnes
=============
BIsnes oh bisnes
=============
Begitu juga dalam kehidupan sebagai seorang usahawan. Dalam bisnes anda
akan temui kegagalan dan kejayaan. Anda jangan harapkan hidup anda akan
terus hebat tanpa dugaan dan cabaran. Selalu saya dengar yang 9/10 orang
yang mula berniaga akan gagal dalam tahun pertama percubaan mereka.
Saya tidak pernah mengira secara tepat.
Thsunami kegagalan sebenarnya boleh melanda bila-bila masa dan dengan
siapa sahaja. Dalam berniaga kita hanya merancang yang baik-baik sahaja.
Kita merancang jualan, stafing, operasi bisnes berjalan baik dan yang
lainnya dalam kadar sempurna. Sebaliknya banyak masalah akan timbul
dalam perjalanan untuk menuju kejayaan tersebut. Walau anda punya
pasukan yang baik, stratigi jualan yang terhebat , belum tentu bisnes
anda akan berjalan seperti yang anda rancangkan.
Dalam perniagaan, anda akan jumpa jalan sukar mungkin di permulaan ,
pertengahan atau dimana sahaja perjalanan bisnes anda, cabaran dan
rintangan itu pasti ada. ramai yang angggap mereka akan dibayar dengan
kejayaan dengan hasil kerja keras mereka dalam bisnes sebelumnya, itu
belum pasti.
Saya pernah dalam peringkat permulaan bisnes, saya hanya ada tinggal RM2
sahaja dalam poket saya dan tiada langsung duit dalam bank. Saya
bermula semula. Saya pernah menghadapi masalah tailor, dimana saya perlu menghantar kepada tailor lain utk mengjahit semula.
Setiap perkara yang berlaku itu saya jadikan pengajaran dan belajar
sesuatu darinya untuk tidak lagi berlaku masa hadapan.Tetapi itu semua tidak melunturkan semangat
saya dalam berniaga dan terus berjuang sehingga sekarang. Ini semua
asam garam dalam bisnes.
Saya pasti anda punya cerita sendiri tentang kegagalan dalam bisnes.
Jika bukan cerita anda tetapi mungkin cerita kawan-kawan dan saudara
mara anda dalam perjuangan bisnes. Ramai orang kita ketawakan kegagalan
mereka yang telah mencuba tetapi tidak menilai mereka yang langsung
tidak pernah mencuba. Lebih ramai yang diluar sana yang menuding jari
dengan bercerita dengan kesalahan dan kegagalan orang lain dalam bisnes
tetapi mereka sendiri tak pernah berniaga.
---------
Pilihan
=====
Pilihan
=====
Anda akan terus tenggelam dalam lautan masalah atau anda boleh mengambil
keputusan berenang ketepian untuk menyelesaikan masalah anda tadi.
Biarkanlah masalah anda dan teruskan perjalanan dan matlamat anda dalam
bisnes. Saya belajar banyak sekali cerita kehidupan bisnes dalam
perjalanan jatuh bangun bisnes saya.
Kegagalan boleh berlaku bila-bila masa, ianya tidak kira kena kepada
syarikat yang kecil atau syarikat yang besar. siapa mahukan kegagalan,
lihat sahaja syarikat penerbangan MAS, dengan terhempasnya 2 kapal
terbang MH370 dan MH17 menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang
sangat teruk.
Saya pernah mengalami kerugian beratus ribu dalam bisnes saya yang
terpaksa di tutup walaupun bisnes itu pernah berjalan lebih dari tiga
tahun. Anda tidak patut malu dengan kegagalan bisnes anda.
Anda tidak boleh menyalahkan takdir dan anda tidak boleh menyesal apa
yang telah berlaku. Apa yang anda harus buat dan lakukan adalah
menyelesaikan masalah dihadapan anda sekarang. Jika anda lari dari
masalah akhirnya masalah itu pasti akan datang semula. Selesaikan satu
persatu dan inilah masanya anda perlu bersabar.
" Anda akan sentiasa dilihat salah selagi anda dalam keadaan kalah "
Bila kemiskinan mengetuk pintu, nascaya sahabat dan saudara lari
mengikut tingkat. Perkara ini terus begini, selagi kekayaan datang
semula kepada mu.
----------
Nasihat
======
Nasihat
======
Jika anda rasa anda dalam keadaan GAGAL dan tertekan sekarang. Saya
nasihatkan untuk anda bertenang, Tarik nafas dalam-dalam dan selesaikan
satu persatu. Ada masalah yang anda boleh selesaikan sekarang dan ada
masalah yang anda perlu masa untuk menyelesaikan nya. Allah maha pemurah
dan pasti memberi jalan penyelesaian nya, tinggal lagi anda perlu
banyak bersabar dan teruskan usaha.
Ramai sangat orang yang telah gagal dan berjaya semula. Ada mereka yang
pernah gagal dan berjaya semula dengan menulis buku dan berceramah
menceritakan kegagalan mereka yang lepas. Anda tidak patut bersedih,
anda tidak sentiasanya gagal. Anda adalah orang yang pernah mencuba dan
belum berjumpa formula kejayaan.
Berdoalah dan berusahalah untuk keluar dari kegagalan semalam, kesatlah
air mata mu. dan terus berdiri gagah tanpa halangan. Anda akan menjadi
orang yang lebih hebat.
Secara jujurnya, setiap kegagalan saya yang lepas ada sesuatu hikmah
disebaliknya untuk saya lebih baik. Baru saya faham " Allah turunkan
sesuatu kepada kita itu pastinya, TERBAIK untuk kita, SELAYAKNYA kita
terima dan TEPAT pada masanya.
Saya doakan anda terus ceria dan selamat hari raya.
--------
Iklan
======
Sesiapa yang ingin membeli ingin membeli barangan muslimah seperti tudung, handsocks, sarung kaki boleh berbuat seperti arahan dibawah
--------------------------------
Cara pembelian
--------------------------------
Cara pembelian
==================
1. Sila follow facebook atau instagram @tudungmesirhandsocks.
2.Pilih item mana yg berkenan dan masih available
3. Whasap 0134615589 untuk pembelian. :D
0 comments:
Post a Comment