Kita insan terpilih
Disebut dalam al-Quran dengan mulia
Jagailah peluang itu sebaiknya.
Alhamdulilah,
mari kita ucapkan kalimah syukur ini berkali-kali, biar bergema di
dalam hati. Bersyukur kerana satu rahmat besar diizin-NYA turun kepada
kita, iaitu dilahirkan sebagai seorang beragama Islam. Islam adalah
agama sebenar-benarnya. Bukan agama berasaskan nenek moyang yang di
warisi secara turun-temurun. Lahir dalam agama ini adalah rahmat.
Meneruskan agama ini adalah kemuliaan. Memupuk agama ini di dalam jiwa,
itulah jihad paling besar.
Kita
seorang perempuan. Kita juga beragama Islam. Maka kita ialah seorang
muslimah. Ada orang yang akan membantah. Katanya, aku tidak warak jadi
tidak digelar muslimah. Ehh .. usahlah sensitif sangat! Muslimah itu
perkataan Arab. Maksudnya, tidak lain tidak bukan.. perempuan beragama
Islam. Terma ini tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak.
Lainlah jika perkataan mukminah. Itu maksudnya perempuan yang beriman
dan warak.
Sesungguhnya,
terma mukminah inilah yang belum layak disandang oleh ramai perempuan.
Malah, ada yang tidak suka!Dalam facebook, ana sering bersembang dengan
rakan-rakan. Biasalah, bermacam-macam karakter mereka kerana dilahirkan
dengan latar belakang berbeza. Kebanyakannya berstatus anak orang
berada. Tidak pernah langsung mengenal erti susah.
Ada
rakan ana yang sangat moden ini cepat melatah apabila ana bertanya,
"Kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? Ana tengok awak lebih
cantik dan manis jika bertudung."Alah huda.. saya malulah. Saya belum
bersedia nak pakai tudung sepenuh masa. Lagipun, saya bukanlah perempuan
beriman. Noktah!
Astaghfirullahalazim..
pengankuannya itu amat menyentap dada. Apakah dia ingat, iman itu boleh
dibuat mainan? Jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak
sekalipun, tidak perlulah menyebut 'bukan perempuan beriman'! Mungkin
sahabat ana, beriman bermaksud sopan santun, memakai tudung dan hidup
berlandaskan syariat secara sepenuhnya. Sedangkan dia masih muda, masih
mahu bebas bersuka ria dan tidak dikonkong oleh batas syariat.
Walau
apa sekalipun tafsirannya, ana kira pegangannya salah. Jika masih belum
mahu mentaati ajaran Islam sepenuhnya, usahlah sampai berani melabel
diri sesuka hati, bimbang akan menjadi syirik pulak nanti. Kita
dilahirkan beragama Islam, jadi usah sesekali mensia-siakannya. Islam
sudah ada dalam diri, ketika masih dalam kandungan ibu lagi. Iman juga
sudah ada walaupun senipis kulit bawang. Jadi ia perlu digilap dan
dijaga biar bergemerlap di dalam diri. Usah biarkan ia pudar hingga
lama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap. Akhirnya, hati akan kering dan
mati.
Srikandi
Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba hendak mencapai title
mukminah ini. Jadi, kita juga mesti mencontohi mereka. Bukan apa, kerana
wanitta beriman banyak disebut di dalam al-Quran. Jaminan keuntungan
untuk wanita beriman sangatlah banyak. Wanita beriman juga amat dirindui
oleh syurga-Nya.
Islam
adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT
seperti firman-NYA dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam.
Akuilah,
apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indah dan mudah. Saat ini,
kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkannya sahaja secara
terbuka. Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh
mengamalkan Islam secara sembunyi kerana bimbang diseksa malah ketika
mula hendak menyebarkan Islam, Rasulullah s.a.w sendiri pernah dicerca
dan dipulaukan oleh kaumnya sendiri.
Islam
maksudnya sejahtera. Jadi, apabila kita mengaku diri sebagai muslimah,
maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera.
Kemudian, apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua
larangan, kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah, iaitu wanita
yang beriman pula. Ya ! semudah itu sebenarnya, jika kita tidak
membantah suruhan-NYA !
Allah Huma Soli Ala Muhammad , Wa Ala Muhammad .
0 comments:
Post a Comment