1. Ambil serat larut secara teratur
Pastikan antara 30 – 35 peratus
daripada makanan yang dimakan merupakan serat larut. Orang yang lebih
banyak mengambil serat larut mengalami pengurangan lemak perut daripada
masa ke semasa. Sumber yang baik bagi serat larut adalah seperti
kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, kayang soya dan daging
tanpa lemak.
2. Rajin bersenam
Latihan intensiti sederhana hingga
latihan intensiti tinggi dapat membantu mencegah pengumpulan lemak
visceral di dalam perut. Jika anda menambahkan waktu untuk bersenam
serta melakukannya secara rutin, lemak perut akan berkurangan. Beberapa
latihan kardio seperti joging, tenis dan lompat tali contohnya, berguna
untuk membakar lemak. Jangan pula buat senaman apabila kita rajin
sahaja, tetapi anda perlu melakukannya secara teratur pada waktu pagi
atau petang.
3. Banyak minum air putih
Mengambil air putih
sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari amat penting untuk menjaga
kesihatan tubuh. Air putih mampu mengeluarkan racun di dalam badan di
samping menyeimbangkan kadar metabolisme tubuh. Air putih juga kekalkan
tubuh dalam keadaan hidrasi.
Minum air putih sebelum makan juga
membantu mengelakkan anda makan terlalu banyak. Mereka yang minum dua
gelas air sebelum makan, akan mengambil kalori yang sedikit berbanding
orang yang tidak minum air terlebih dahulu. Jadi bagi mencegah perut
buncit, bawalah air putih ke mana saja anda pergi.
4. Makan banyak buah-buahan
Golongan yang mengambil beri biru
setiap hari memiliki lemak perut yang sedikit berbanding yang tidak
mengambilnya, malah risiko yang rendah mendapat penyakit jantung dan
diabetes.
Buah limau bali juga merupakan
pilihan yang baik untuk mencegah perut buncit. Dua manfaat utama
daripada buah ini adalah indeks glikemik yang rendah dan juga dapat
membakar lemak jauh lebih baik daripada sumber makanan lain.
Buah-buahan lain yang membantu mengurangkan kenaikan lemak perut adalah
seperti tembikai, oren, lemon dan kiwi.
Pastikan anda mengambil
sekurang-kurangnya sejenis buah setiap kali selepas makan atau ketika
anda berasa ingin mengunyah sesuatu. Jus daripada buah-buahan juga
boleh menjadi pilihan, tetapi pastikan tidak ditambah pemanis.
5. Makanan sihat dan makan dengan kerap
Amalan mengambil makanan sihat dapat
membantu penurunan berat badan. Ketika menstruasi, wanita cenderung
makan dengan kerap. Dalam tempoh itu, metabolisme akan bekerja
perlahan-lahan.
Disarankan juga agar anda memasukkan
beberapa variasi makanan lain sebagai tambahan seperti badam, anggur,
epal, yogurt rendah lemak dan biskut gandum di dalam menu makanan sihat
anda.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment