Sesungguhnya kesembuhan itu milik
Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri
sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa
penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh
Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan
peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan
oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana
tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian
akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
"Di mana jua kamu berada,
maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada
dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Ketahanan mental dan fizikal
berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan
tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan
tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat
melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif,
hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya
kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa
bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita.
Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang
hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang
beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah
kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga
tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan
doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi
semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
'Sesungguhnya, Aku menurunkan al-Quran itu merupakan penawar, penyembuh dan rahmat kepada orang beriman'
Kuasa penyembuhan semuanya dari
Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan
kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada
kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat
kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan. Ayat Quran ada
menyatakan bahawa apabila Allah nak sesuatu itu terjadi, pasti akan
terjadi. Contohnya, KALAU Allah mahukan kita sembuh, pasti akan
sembuhkan, dengan izin Allah, In sya allah.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari
Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini
akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit
itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian,
Allah akan melipat gandakan pahala kita.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini
kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan
penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya
kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam
kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.
Ungkapan syukur yang tidak terhingga
kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan , bersyukurlah kerana
masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar
ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam
penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit
yang diturunkan kepada kita.
"Apakah manusia itu mengira
bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut, 29:2-3]
"Janganlah kamu bersikap
lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang
beriman." [Al-Imran, 3:139]
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment