Wednesday, 14 October 2015
Friday, 9 October 2015
Assalamualaikum..
PROLOG : Alhamdulillah, its been a year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah. :')
sekarang huda dah tukar status. status dari "single" kepada "engaged". ya ALLAH, rasa macam baru semalam saja baru bertunang, semua perasaan takut, syukur, malu, seronok, tak hadam hadam lagi. padahal.
majlis pertunangan diadakan pada 26 September 2015 lepas. fine. dah lama dah kan. tapi tak hebah mana mana pun. yang tahu pun berapa ketol manusia saja. sedara mara, kawan-kawan baik. Semuanya serba ringkas, tapi memenuhi kehendak dan keperluan 1Malaysia *okay. sangat tetibe*
Hehehe, sepanjang dan sebelum majlis kakak huda banyak sangat membantu. Ya Allah terharu sangat-sangat dikurniakan kakak yang baik. hikhik. Persiapan majlis cuma dilakukan selama dua minggu sahaja, sebab huda kena buat persiapan ke U utk sambung degree. Banyak sangat lah kakak tolong sepanjang huda di universiti.
PROLOG : Alhamdulillah, its been a year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah. :')
sekarang huda dah tukar status. status dari "single" kepada "engaged". ya ALLAH, rasa macam baru semalam saja baru bertunang, semua perasaan takut, syukur, malu, seronok, tak hadam hadam lagi. padahal.
majlis pertunangan diadakan pada 26 September 2015 lepas. fine. dah lama dah kan. tapi tak hebah mana mana pun. yang tahu pun berapa ketol manusia saja. sedara mara, kawan-kawan baik. Semuanya serba ringkas, tapi memenuhi kehendak dan keperluan 1Malaysia *okay. sangat tetibe*
masa ni,
kita takkan tahu untuk pilih mana satu perasaan yang kita patut rasa
dulu. terharu dulu ke, sebak ke, tak pun rasa gementar nak sarung cincin
dulu.
mama vs mentua |
adik beradik perempuan saya :D |
Haram meminang tunang orang ya, cewaah kau dah kenapa |
heee. dah la, teaser je pun kan, kan? malu pulak rasa nak berbelog pasal
ni. rasa segan macam kena kenyit mata dengan mamat hensem membajet
romeo seboleh mungkin pulak. *kedip mata berkali-kali sambil pintal rambut*
Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan majlis kami. Maaflah cuma
mampu menjemput saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat je.
Majlis pertunangan ni dibuat secara kecil-kecilan. Cuma... bila dalam
gambar dia nampak macam gah gila. Iolls pon tanjat. Padahal bajet semua
minimal. Ha trick dia adalah korang kena pandai pilih photographer :)
p/s gambar di atas bukan dari photographer lagi, nanti ioals upload tau bila dah dapat :D
InsyaALLAH. akan bersambung dengan entry lebih panjang...
hmm. kot
Terima kasih sudi baca :)
Aku SAKIT, DIA penyembuh.
Sesungguhnya kesembuhan itu milik
Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri
sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa
penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh
Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan
peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
'Sesungguhnya, Aku menurunkan al-Quran itu merupakan penawar, penyembuh dan rahmat kepada orang beriman'
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan. Ayat Quran ada menyatakan bahawa apabila Allah nak sesuatu itu terjadi, pasti akan terjadi. Contohnya, KALAU Allah mahukan kita sembuh, pasti akan sembuhkan, dengan izin Allah, In sya allah.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.
Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan , bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
Wallahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)