.Assalamualaikum ♥
Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta , baru jatuh cinta , yang sedang dilamun cinta ataupun yang sudah berumahtangga . haha . Kali ni , Lyssa nak share sikit artikel yg lyssa baca mengenai tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek , teman wanita ataupun isteri. Jika salah satu ayat ini disebut , paling kecil pun boleh menyebabkan pertengkaran dan yang paling hebat boleh menyebabkan penceraian . Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.
1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa yang I suruh.”
What
do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat
bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah
tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan
‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman
wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.
2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan
teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’.
Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu
dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara
realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang
mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang
anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah
tiket untuk bertengkar secara hebat.
3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat
ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda
terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita
anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi
dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan
dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk
teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her
adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you
dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang
hanya akan memanaskan telinga anda.
4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah
berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana
dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara
ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu
sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin
juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan
lain di depan teman wanita anda. =((
5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi
orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan
melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda
yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak
cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik
lain yang lebih menyenangkan ye. ;")
6. “I takde mood lah.”
Sekali
lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya
bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain
daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana
bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari
menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.
7. “Perangai you macam mak you lah.”
7. “Perangai you macam mak you lah.”
0 comments:
Post a Comment